Hidangan ibu tetap sedap! Walaupun disejuk beku lima tahun!

Published by
KitaReporters

SIAPA tak suka kalau ibu yang masak walaupun hanya telor goreng sahaja, namun 'air tangan' dan kasih sayang daripada ibu itu membuatkan hidangan itu terlalu berharga. Kisah sama turut berlaku kepada seorang wanita Jepun yang sanggup menyimpan hidangan yang disediakan ibunya sehari sebelum meninggal lima tahun lalu kerana terlalu sayang untuk menjamahnya. : KitaReporters

HIDANGAN yang disediakan oleh mendiang ibunya, yang disejuk beku selama lima tahun. - Kredit foto: Oriental Daily.


Memetik Tribunnews.com, wanita berkenaan, Takaya Reiki menyimpan hidangan itu di dalam peti sejuk rumahnya bagi mengelakkan dia lupa masakan yang disediakan ‘kekasih sejati’.

Kisah mengharukan itu ditayang dalam sebuah rancangan realiti televisyen Jepun “Detective!ナ イ ト ス ク ー プ"

Menerusi program realiti itu, Reiki didatangi seorang cef dan pakar pemakanan ke rumahnya dengan tujuan memeriksa kondisi makanan berkenaan.

TAKAYA REIKI yang sebak ketika berkongsi kisah ibunya yang sempat menyediakan hidangan untuk mereka sekeluarga sebelum meninggal dunia.


Menceritakan tentang kisah sayu itu, wanita berusia 25 tahun itu menjelaskan hidangan daging itu dimasak oleh mendiang ibunya pada pagi hari kematiannya, selepas mereka membincangkan mengenai menu berkenaan pada malam sebelumnya.

Bagaimanapun, selepas Reiki pulang dari sekolah, dia terkejut melihat ibunya yang terbaring tidak sedarkan diri sebelum bapanya menghantar ke hospital.

Lebih menyedihkan ibunya disahkan meninggal dunia ketika menerima berita ibunya telah pergi buat selama-lamanya.

DUA beranak teruja menjamah hidangan yang telah diubah suai oleh cef yang hadir ke kediamannya.


Keadaan itu membuatkan Reiki dan bapanya teragak-agak untuk menjamah hidangan terakhir mendiang ibunya itu sebelum membuat keputusan menyimpan hidangan berkenaan di peti sejuk.

Namun selepas lima tahun dia kemudian menyertai program berkenaan dan didatangi seorang pakar pemakanan menguji hidangan berkenaan yang telah dibekukan dalam peti sejuk di kediaman mereka.

Hasil pemeriksaan berkenaan menunjukkan hidangan itu mempunyai bakteria dan boleh menyebabkan sakit perut jika menjamahnya, namun masih boleh dimakan dalam kuantiti yang kecil selepas dimasak pada suhu melebihi 100 °C.

Dalam program berkenaan, seorang cef turut dijemput ‘memulihkan’ semula masakan mendiang ibu Reiki.

Bagi mendapatkan rasa asli hidangan mendiang, cef jemputan itu telah menyahbekukan daging itu, kemudian memanaskan hidangan dalam periuk tekanan sebelum menambah sedikit bahan masakan tambahan iaitu halia dan daun bawang bagi mendapatkan rasa segar. 


Sangat mengujakan sebaik sahaja masakan dihidangkan, dua beranak itu terus menjerit “inilah baunya!” 

Malah, selepas cuba menjamah masakan yang telah dimasak semula itu, Reiki tidak dapat menahan rasa sebaknya sambil menyatakan, “sangat sedap, ini benar-benar rasa daripada ibu.”

Ternyata hidangan ibu adalah paling sedap di dunia dan kini terbukti walaupun telah disimpan beku selama lima tahun. - KitaReporters

1
2
10
0
0

Copy Link: