Bosan? Stres dengan PKP? Joinlah Masak Apa Tak Jadi Hari Ni
Published bySETAKAT 28 April 2020 laman Public Group (Grup Awam) Facebook, Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (MATJHN) Official sudah dibanjiri lebih 1.7 juta ahli, membuat ramai terkejut dan teruja. Laman grup itu dibuka sejak 14 April 2020, sewaktu kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). : KitaReporters
Mungkin dek kebosanan teramat sangat duduk terkurung di rumah atau jenuh kena masak yang selama ini tidak ada masa.
Namun dengan kekangan perjalanan kerana lock down atau PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), terpaksa juga masak sendiri.
Dah lama tak masuk dapur, atau baru nak mencuba, pasti ada yang fail!
Kalau dulu, malu-malu nak tunjuk makanan yang tak jadi, tetapi dengan MATJHN Official, berlumba-lumba pula mereka memuat naik, berbagai-bagai hasil masakan yang lain daripada lain kejadiannya!
Berslogankan "Kita happy happy saja", laman ini dibuka kepada umum sekadar `menyediakan platform untuk dibuat rujukan, berkongsi maklumat dan mengawal selia,' kata admin.
Diperkenalkan laman itu oleh seorang rakan Facebook.
Sebetulnya tertekan`accept` ketika ternampak jemputan untuk menyertai laman ini apabila diteliti nama rakan tadi dan memang dikenali, jadi tidak kisahlah untuk kekal sebagai ahli MATJHN Official.
"Dah joint grup ni, husband dah marah mengilai sorang-sorang." Komen seorang ahli grup. - Kredit gambar - FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
Sebaik meneliti gambar dan cerita terbaru yang dimuat naik, tidak dapat menahan rasa lucu.
Skrol ke bawah, lagi banyak bahan lawak.
Ada sesetengah posting, lucunya sehingga tak putus ketawa sorang sorang, mengekek sampai kejung perut dan ternangis.
Nak kata macam orang gila, ketawa sorang-sorang pun, ya!
Ibarat laman Raja Lawak, setiap ahli yang memuat naik gambar, menulis kata-kata mencuit hati, ditambah pula dengan gambar makanan yang tidak menjadi.
Rupanya bukan biasa-biasa, ada yang betul-betul pelik, membuat pembaca terfikir kenapa boleh jadi macam tu?
Ada gambar yang disiar macam tidak logik berlaku tetapi memang benar.
Sesetengah menunjuk gambar dalam bentuk video.
Misalnya hot dog berbalut yang sedang digoreng, kelihatan seperti benda hidup bergerak perlahan-lahan sehingga terkeluar daripada sarung atau balutan sepenuhnya, ibarat sesuatu sedang meloncat meninggalkan kepompong!
Juga yang melucukan, hirisan keropok lekok yang digoreng terpecik keluar daripada kuali, puas di cari!
Rupa-rupanya tercampak ke atas dan melekat di dinding!!
Keropok lekor terpelanting ke dinding. - Kredit foto: FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Paling lucu, seorang tu nak masak sayur air petola, campur sohoon. Selesai masak baru dia sedar kesilapan telah berlaku.
Selesai masak, ditinggalkannya sayur itu dalam mangkuk besar sehingga sejuk.
Datang semula tengok, kuah menjadi beku, barulah diketahui yang disangka soohon sebenarnya adalah agar-agar!!
"Bila tak kenal sohun dengan agar-agar tali..
Dari sayur air petola terus jadi agar2 petola..😂🤣
Nota kaki: Kisah lama dah ni.. 😅"
Dari sayur air petola, terus jadi agar-agar. - Kredit foto: Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
Bab makanan terhangus sebab terlambat tutup api atau leka main telefon bimbit, itu kejadian biasa.
Masakan jenis kek dan roti juga ada yang kejadiannya melucukan. Satu ahli memasak roti, jadi keras. Baling ke dalam sink dengan kuat pun tak pecah.
Satu ahli lagi bercerita, dia masak bahulu, apabila dirasakan sudah masak, diangkatnya penutup acuan bahulu, sambil teruja menjenguk hasil kejadian bahulu.
Tergamam dia, semua lubang di acuan kosong, bahulunya misteri hilang entah ke mana.
Belek punya belek, rupanya semua bahulu yang tidak menjadi terlekat pada permukaan bawah penutup.
"Igt nak buat bahulu buat minum ptg ni....skali bau je lah dlu...." - Kredit gambar: Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
Satu lagi faktor buat laman itu penuh dengan kelucuan, bukan saja gambar dan kata-kata ahli yang memuat naik cerita pengalaman yang lawak, kata-kata ahli yang menulis komen juga sama naik lucunya.
Pandai merangka ayat, walau dua tiga perkataan pun buat pembaca tercuit hati.
Selalunya kalau seseorang gagal dalam percubaan memasak, malu untuk didedahkan. Tapi tidak di MATJHN Official.
Makna kata, sesiapa yang nak bercerita pengalaman di situ, memang dah bersedia untuk diketawakan secara berjemaah kerana kepelbagaian kejadian hasil masakannya yang berbeza daripada sepatutnya.
Namun admin laman itu sentiasa mengingatkan ahli, boleh ketawa guling-guling sampai pecah perut, tetapi jangan mengeji ahli yang memasak tak menjadi.
"Tak lalu pula tekak ni nak makan cakoi " , Kredit Fb - Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Sambil menulis komen lucu, tujuan sebenar agar ada yang memberi ulasan mengenai punca kesilapan yang menyebabkan masakan itu tidak menjadi dan memberi panduan cara betul menghasilkannya.
Pesanan admin, "anda boleh ketawa sampai menangis sambil guling-guling, tetapi kepada yang menulis dilarang sentap, ambik hati atau murung kalau posting kena gelak berjemaah.
"Namun dilarang mengecam, memaki hamun, menghina mencarut dan mengeluar perkataan kesat kepada setiap posting ahli." - KitaReporters