KEBOLEHAN Tuanku Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam dunia masakan tidak perlu dipertikaikan. Walaupun dibesarkan dengan penuh kemewahan sebagai puteri raja namun baginda tetap cekap di dapur. : KitaReporters

AMARAN yang ditulis Tunku Azizah mencuit hati pengikut Instagram . - Kredit foto: IG Airtangan _TunkuAzizah.


Sepanjang Ramadan ini, ada sahaja hidangan yang disediakan oleh baginda yang kadangkala kita sendiri tidak tahu.

Terbaharu Tunku Azizah memuat naik sekeping gambar masakan yang dihasilkan baginda bersama sekeping nota yang ditampalkan pada periuk tersebut.

"Sudah warning (amaran) kepada semua orang, "don't touch or move this" (jangan sentuh atau alihkan) periuk atau saya peliat telinga dan ketuk jari!" tulis baginda yang menarik perhatian netizen.

Perkongsian berkenaan mencuit hati netizen yang meninggalkan komen pada entri tersebut.

@airtangan_tunkuazizah:  tak boleh dekat2 ..... social distancing ....


Foto terbaharu dimuat naik Raja Permaisuri Agong bersama suami tercinta, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Terdahulu, baginda yang ditemani beberapa pembantu menyediakan hidangan istimewa iaitu Halwa Muskat.

Menurut baginda, hidangan yang dipelajari daripada bonda baginda bersama tukang masak istana, Che Lok mengambil masa empat hari untuk dihasilkan.

Malah manisan yang berasal dari Timur Tengah itu memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menyiapkan hidangan berkenaan.

Halwa Muskat merupakan sejenis manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan daripada minyak sapi, tepung dan gula. - KitaReporters

8
4
0
0
0

Copy Link: