Keluarga besar! 100 pewaris hadiri Program Himpunan Rumpun Tok Sepiah! Di Kpg Gong Badang, Jertih!
Published byBanner program sebagai promosi program
WABAK pandemik COVOD-19 selama dua tahun sejak Mac 2020 yang menghantui rakyat negara ini kerana tidak dapat menjalankan aktiviti termasuk sambutan Aidilfitri akibat kengkangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun kini melegakan orang ramai apabila semua aktiviti terlarang sebelum ini sudah dapat dilakukan semula.
Aidilfitri 2022 yang sedang diraikan oleh masarakat Islam membuka lambaran baharu apabila ahli-ahli keluarga yang berpisah selama dua tahun kerana masing-masing tidak bergerak keluar dari antara negeri kini sudah kembali normal.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan
Perhimpunan pewaris Tok Sepiah mengadakan pertemuan di Kampung Gong Badang, Jertih,Terengganu
Peluang tersebut disambut gembira oleh umat Islam khususnya ahli keluarga yang sudah lama berpisah apabila mereka mengambil kesempatan mengadakan pelbagai aktiviti kekeluargaan bagi mengeratkan semula hubungan silatulrahim yang hampir terputus.
Program Himpunan Rumpun Tok Sepiah 2022 adalah satu penganjuran yang menarik apabila pewaris
keluarga tersebut berjaya menghimpunan sebahagian besar ahli keluarga berkenaan
dalam satu perhimpunan pada Hari Raya Aidilfitri Ke-5 pada Khamis 5 Mei 2022.
Pada majlis yang berlangsung di Kampung Gong Badang, Jertih, Terengganu itu kira-kira 100 pewaris Tok Sepiah hadir bagi menjayakan program yang julung kali diadakan oleh keluarga tersebut.
Wan Nazarudin Wan Nawi
Pengerusi Penganjur, Wan Nazarudin Wan Nawi berkata, pihaknya sudah lama merancang untuk menganjurkan perhimpunan tersebut tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.
Katanya, usaha itu cuba diteruskan pada tahun 2022 ini apabila kerajaan memberi kelongaran mengadakan aktiviti sosial termasuk sambutan Aidilfitri selepas negara kini berada dalam peralihan ke fasa endemik.
“Alhamdulillah hasrat pewaris Tok Sepiah yang didokong oleh genenasi kelima mencapai kata sepakat menerus penganjuran dan berjaya diadakan pada Khamis 5 Mei 2022,” katanya.
Sebahagian jemputan menikmati jamuan makan
Wan Nazarudin berkata, walaupun penganjuran program ini berlaku sedikit kekeliruan disebabkan pengisytiharan Aidilfitri secara mengejut tetapi, ia tidak menghalang pihaknya meneruskan hasrat tersebut.
“Kami
berkomunikasi melalui group WhatsApp untuk menghimpun ahli keluarga dan
bersetuju menganjurkan program tersebut,” katanya.
Katanya, malis tersebut dihadiri ahli-ahli keluarga dari Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan dan Terengganu. Manakala, majlis kos untuk jamuan makan minum disumbangkan secara sukarela oleh ahli keluarga terbabit.
Antara jemputan yang hadir
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pasangan suami isteri Wan Nazizi Wan Nawi dan isteri Shamzana Mahasan yang membenarkan pekarangan rumahnya untuk mengadakan majlis tersebut.
Sementara itu, Shamzana Mahasan berkata, pihaknya bangga kerana dapat bertemu ramai ahli keluarga selepas dua tahun tidak dapat bertemu mata akibat pandemik COVID-19.
“Program tersebut mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan selain dapat merapatkan kembali semangat persaudaraan,” katanya. - KitaReporters
Pasangan suami isteri Wan Nazizi dan isteri Shamzana menjadikan kawasan lapang rumahnya untuk penganjuran program
Shamzana Mahasan