Kek tepak sirih Muhammad Amin! Buat sendiri kek sebagai hantaran pernikahan pada hari bahagia
Published byKREATIF... pengantin lelaki sendiakan sendiri kek sebagai hantaran kepada pihak isterinya. - Kredit Foto; Facebook Muhammad Amin.
Membuat persiapan barangan hantaran sempena hari bahagia pasti memenatkan, tidak menang tangan jika disediakan sendiri dan tidak dibantu oleh kaum keluarga terdekat.
Bagi yang mempunyai daya kreatif semestinya mahu menyediakan sendiri barangan hantaran sempena hari istimewa berkenaan yang akan dikenang sampai bila-bila, namun ada juga yang sanggup mengeluarkan kos berikutan kekangan masa.
Namun berlainan dengan seorang anak muda, yang sanggup membuat sendiri kek perkahwinan untuk dijadikan hantaran kepada pihak keluarga isterinya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kek perkahwinan:
https://kitareporters.com/search?search=kek+perkahwinan
UNIK dan lain daripada yang lain.
Menariknya, kek yang disediakan itu lain daripada yang lain dengan dekorasi yang lebih klasik berbentuk tepak sireh bersama dekorasi tekat emas.
Wow cantik dan sangat rare!
Perkongsian pemuda berkenaan dalam Facebooknya, Muhammad Amin dalam ruangan Masak Apa Tak jadi Hari Ni Official membuatkan pengikut dalam laman sosial itu terkejut dengan hasil air tangannya.
Kek yang berwarna keemasan yang dipadankan dengan tepak sireh berwarna merah itu rupanya disediakan sendiri oleh Amin.
Malah menerusi perkongsian dalam ruangan Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official itu, Amin memohon doa sambil menjelaskan itu adalah hasil air tangan sendiri untuk dihadiahkan kepada isteri.
“Assalammualaikumwarga MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL , doakan saya yang nak menikah harini ya. Kek hantaran tepak ni saya bakar, dan hias sendiri malam sebelum nikah tadi, x berapa menjadi tepaknya,” kongsinya.
Melihat beberapa gambar yang dimuat naik jelas hasil tangannya sangat teliti dan unik.
Walaupun mengakui kek yang dihasilnya tidak ‘menjadi’, namun perkongsian tersebut mendapat pujian daripada pengikut ruangan berkenaan.
Jarang tau anak teruna rajin dan kreatif, lagipun kerja-kerja menghias kek memerlukan penelitian yang baik.
Rata-rata pengikut ruangan itu memuji hasil air tanganpengantin lelaki.
Alahaiii…untung isteri awak nanti nak makan kek order terus dengan kekasih hatinya dan tak perlu ke kedai lagi.
Semoga pasangan pengantin baharu, Amin dan Liana bahagia melayari bahtera rumah tangga. - KitaReporters