Aktiviti susuri Sungai Setiu! Janjikan keindahan alam flora, fauna! Produk unik pelancongan!
Published byTumbuhan menghijau memberi ketenangan kepada pelancong yang menyususi Sungai Setiu
PELUANG berkunjung ke Terengganu bersama keluarga atau rakan-rakan boleh memilih pelbagai destinasi menarik untuk dijadikan tempat beriadah sama ada di pulau, tasik, pesisiran pantai, air terjun atau gunung.
Keindahan dan keunikan beberapa sungai yang terdapat di negeri ini juga salah satu produk pelancongan yang tidak kurang juga mampu untuk memberi kepuasan kepada pengunjung ke negeri ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Setiu
Sungai Setiu salah satu destinasi pilihan pelancong yang berkunjung ke negeri Terengganu.
Menyusuri Sungai Setiu dengan menaiki bot menjanjikan ketenangan dan kedamaian selain menikmati keindahan alam flora dan faunanya.
Dengan kos sebanyak RM250.00 untuk satu trip dengan maksimum penumpang seramai enam orang, bot yang dinaiki memiliki ciri-ciri keselamatan memberi kepuasan sepanjang perjalanan menyusuri sungai itu.
Menyusuri sungai dengan bot satu keseronokan
Pengusaha bot, Suhaimi Zakaria, berkata aktiviti menyusuri Sungai Setiu bermula dari Pengkalan Beris Tokku ke kuala Sungai Setiu dan Sungai Tarom dan melalui Sungai Setiu dan Sungai Guntung.
"Penumpang akan berehat di Kuala Sungai Setiu untuk makan dan melakukan beberapa aktiviti memancing.
"Aktiviti lain ialah mengambil foto, mengenali spesis haiwan dan tumbuhan di beberapa lokasi. Contohnya mengkuang, rasau, rengas, kercut, nipah manakala haiwan pula, ikan, burung, biawak, labi-labi, tuntung, pekaka dan pucung.
Aktiviti memancing di atas bot
"Aktiviti memancing udang dan ikan paling mendapat perhatian selain mencari kerang dan lokan," katanya.
menurut Suhaimi lagi, rombongan akan singgah di muara Sungai Setiu di Setiu Wetlands selama antara 30 dan 60 minit.
"Jadual perjalanan pula adalah antara 9.00 pagi hingga 11.00 tengah hari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang," katanya sambil mengharapkan sambutan yang lebih baik pada masa akan datang. - KitaReporters
Air yang tenang menjadi pilihan pemancing