Video| Gelagat jual beli nasi lemak RM1! Penjual nak bersedekah! Ada jugak yang tolak terima free!

Published by
KitaReporters


NASI lemak RM1 cukup sinonim pada zaman sekarang kerana harganya murah dan ia sangat menjimatkan waktu pembeli yang ingin menikmatinya kerana ia sudah siap dibungkus dan anda hanya perlu memesan berapa yang ingin dibeli.

Namun lain pendekatan seorang pemuda yang menjual nasi lemak RM1 yang berniat untuk bersedekah nasi lemak yang dijualnya kepada pelanggan sehingga mencuri tumpuan ramai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan nasi lemak


Pemuda yang menggunakan TikTok @bangsudu merakam setiap hari gelagat para pelanggannya yang dilihat setia menunggu kehadiranya untuk membeli nasi lemak. 

Ini kerana beliau akan melakukan live semasa meniaga nasi lemak untuk merakam gelagat pelanggannya yang tidak mahu diberi percuma nasi lemak yang dibeli dengan pelbagai reaksi yang sangat melucukan.

Niat di hati untuk bersedekah kadangkala gagal kerana pelanggan akan melakukan aksi tolak menolak dan segera melarikan diri selepas meletakkan duit ke dalam bakul nasi lemaknya.



Terima kasih abang kerana sudi bersedekah dan mereka yang menyumbang serta menginfak. Semoga rezeki diluaskan lagi. - KitaReporters


14
9
0
15
0

Copy Link: