JUMBO Restaurant, sebuah restoran yang menjadi kebanggaan para pelancong Hong Kong kini tinggal kenangan apabila restoran mewah itu terkubur di pusara Laut China Selatan selepas ia tenggelam pada 19 Jun 2022 lalu.

Restoran mewah yang mengandungi tiga tingkat setinggi 260 kaki itu mempunyai keunikan yang tersendiri seperti istana empayar China dikatakan berlabuh di pelabuhan Aberdeen, Hong Kong selama 46 tahun sebelum dipindahkan ke lautan pada minggu lepas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan restoran-restoran

 



Sebelum kejadian, Jumbo Restaurant dilaporkan dalam perjalanan ke satu lokasi yang tidak dinyatakan tetapi ia karam berhampiran Kepulauan Paracel, Laut China Selatan dalam cuaca yang buruk selepas restoran itu dimasuki air.

Bagaimanapun, para petugas di restoran berkenaan terselamat dan tiada kemalangan jiwa, dipetik daripada laporan portal detiktravel.com pada 21 Jun 2022 lalu.

Pemiliknya, Aberdeen Restaurant Enterprise mengatakan kejadian yang menimpa Jumbo Restaurant itu amat menyedihkan bagi pihaknya dan ia juga sudah pasti akan menjadi kenangan bagi masyarakat di Hong Kong.

‘’Restoran itu tidak dapat diselamatkan kerana ia tenggelam dalam air sedalam kira-kira 1,000 meter menyebabkan kerja-kerja untuk menyelamatkan ikon pelancongan itu sukar dilakukan,’’ katanya.



Restoran terapung itu menelan belanja HKD$30 juta (hampir RM17 juta) dan ia mula beroperasi pada 1976

Namun restoran mewah itu tidak  beroperasi bermula Mac 2020 akibat pandemik Covid-19 dan sehingga itu, lebih 3 juta pengunjung termasuk pengunjung luar negara telah berkunjung ke restoran berkenaan.

Selama tempoh pandemic Covid 19 itu, Jumbo Restaurant dikatakan menghadapi masalah kewangan sejak beberapa tahun lalu.

Masalah itu semakin berlarutan, setelah Melco International Development pada bulan Mei 2022 lalu memberitahu perniagaan restoran terapung itu tidak pernah memperoleh keuntungan sejak 2013 dan mengalami kerugian yang besar. 

Insiden yang menimpa restoran tersebut mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat di negara itu kerana kebanyakan mereka pernah menjejaki kaki di restoran mewah itu. - KitaReporters


10
11
1
10
0

Copy Link: