Video| Sah tak halal! Nasi ayam claypot bukan pemegang sijil halal Jakim! Pengguna kena berhati-hati!
Published byLEBIH seminggu isu premis nasi ayam claypot di Sri Petaling, Kuala Lumpur menjadi tular dalam media sosial sehinggakan operasi premis berkenaan ditangguhkan ketika ini.
Pelbagai komen yang positif dan sebaliknya muncul berhubung premis berkenaan yang diusahakan oleh pasangan suami isteri Muslim yang fasih bertutur bahasa Cina.
Namun pendedahan beberapa individu sebelum ini mengenai bahan yang didakwa tidak halal digunakan pasangan berkenan telah meragukan masyarakat.
Hari ini, 10 September 2023, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat pengesahan premis yang tular berkenaan bukan pemegang Sijil Pengesahanan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.
Pengesahan berkenaan dikeluarkan Jakim berikutan isu berkenaan menjadi tular dalam media sosial berkenaan status halal premis terbabit yang menjadi pertikaian netizen.
Jakim memaklumkan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis berkenaan.
Justeru Jakim menggesa pengguna khususnya Masyarakat Islam dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.
Katanya, pastikan premis yang dipilih SPHM yang sah daripada Pihak Berkuasa Berwibawa Pensijilan Halal Malaysia.
Malah pengguna juga juga boleh mengetahui produk dan
premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari
Portal Rasmi Halal Malaysia di https://www.halal.gov.my/v4/.
"Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
"Selain itu, pengguna boleh mengikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui Facebook Bahagian Pengurusan Halal, Jakim," katanya.
Sebelum ini tular dalam media sosial sebuah kedai nasi ayam claypot diusahakan pasangan suami isteri Islam yang fasih berbahasa Mandarin itu didakwa menggunakan alkohol (arak) jenis rice wine (arak beras) dalam penyediaan makanan tersebut.
Bagaimanapun sehingga kini didapati premis berkenaan ditutup buat sementara waktu selepas kes berkenaan kecoh.
Harapnya isu melibatkan hukum-hakam dapat diselesaikan dengan segera berikutan makanan tersebut akan menjadi darah daging kita.
Sewajarnya penghargaan yang tinggi kepada penyebar perkara ini iaitu Cef Zuzu, seorang Cina Muslim membuat pembongkaran mengenai penggunaan bahan yang diharam kepada umat Islam.
Ternyata pendedahan tersebut telah membuka mata pihak berkuasa tetapi juga memberi peringatan kepada pengguna lain terutama Islam lebih berhati-hati kepada pemilihan makanan. - KitaReporters