Penangan Primula Pink Ride! Mulanya wanita sahaja! Kemudian dibuka untuk semua! 850 peserta hadir!
Published byPeserta kayuhan melalui laluan pantai
AKTIVITI kayuhan basikal sememangnya sinonim dengan penduduk Negeri Terengganu selepas negeri itu melahirkan seorang jaguh jaguh sukan berbasikal bukan sahaja di Malaysia malah mengharumkan negara pada peringkat antarabangsa.
Selepas kejayaan pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang anak kelahiran Terengganu mencipta nama tiba-tiba aktiviti berbasikal dalam kalangan penduduk negeri itu seakan menjadi ikutan.
Malah, golongan wanita juga tidak ketinggalan menampilkan diri menyertai aktiviti tersebut bukan sekadar menyertai kayuhan untuk beriadah tetapi juga menyahut cabaran dalam pertandingan kayuhan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti berbasikal
Peserta berada di tempat permulaan kayuhan di Dataran Primula, Kuala Terengganu pada 6 Ogos 2022.
Penganjuran program berbasikal ‘Primula Pink Ride’ anjuran Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 6 Ogos 2022 lalu membuktikan ramai golongan wanita menyertai pertandingan itu apabila tampil berasing dengan peserta lelaki.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengakui Program ‘Pink Ride’ tersebut pada mulanya dibuka untuk kaum wanita sahaja tetapi terdapat beberapa permintaan untuk dibuka buat kaum lelaki juga dan akhirnya pihak penganjur memutuskan untuk buka kepada semua golongan.
“Program ini dianjurkan buat pertama kalinya di bawah Hotel Primula dan mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada semua pihak,” jelas Ariffin.
Ariffin Deraman ditemani Suaibah Harun
Seramai 850 orang peserta termasuk dari luar Terengganu menyertai kayuhan melibatkan laluan sejauh 47 kilometer.
Pengurus Besar Primula Beach Hotel, Suaibah Harun berkata, penganjuran julung kali dilakukan oleh pihak hotel tersebut menawarkan hadiah utama bagi cabutan bertuah adalah wang tunai berjumlah RM10,000 diikuti dengan TV, gelang emas dan pelbagai lagi.
Aksi peserta wanita
Kata Ariffin, Primula Pink Ride, program kayuhan berbasikal terbesar pernah dianjurkan mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini selain mempromosikan aktiviti sukan terutama berbasikal.
Menurut beliau, Primula
Pink Ride telah dimasukkan ke dalam ‘TIG Challenge Series 2022’ yang merupakan
buku aktiviti tahunan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd selaku penaung anak-anak
syarikat kerajaan negeri Terengganu.
“Program ini bertujuan memperomosikan sukan berbasikal sebagai aktiviti menarik yang sinonim dengan negeri Terengganu melalui tawaran pakej ‘experience tourism’ (pengalaman pelancongan) hasil penglibatan dan pengalaman peribadi peserta,” katanya.
Selain itu, katanya, ia juga untuk memupuk semangat kerjasama dan perkukuh hubungan Primula Beach Hotel dengan peserta serta pelbagai pihak seperti jabatan, agensi, media dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara.
Antara peserta wanita yang menyertai acara kayuhan basikal
Golongan Wanita tidak mahu ketinggalan menyertai kayuhan sejauh 47 kilometer
Primula Pink Ride diadakan pada Sabtu, 6 Ogos 2022 bermula jam 7 pagi dengan kayuhan sejauh 47 kilometer melibatkan beberapa tempat menarik seperti Bandar Baharu Kuala Nerus, Pantai Seberang Takir (Pantai Miami) dan Terengganu Drawbridge.
Ia disempurnakan Ariffin Deraman dengan menyediakan pelbagai hadiah lumayan seperti wang tunai RM10,000, telefon pintar iPhone 13 serta barangan kemas disediakan kepada peserta bertuah.
Wanita bertuah memenangi cabutan bertuah wang tunai RM10,000
Kata Ariffin, sepanjang kayuhan tersebut para peserta turut diperkenal kepada kawasan Bandar Baharu Kuala Nerus sebagai destinasi pelancongan yang bakal menjadi tarikan terbaharu pengunjung ke Terengganu.
Jelas beliau, program itu juga
bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan di terdapat di daerah
khususnya di Kuala Terengganu kepada pelancong sekali gus menjana sumber
pendapatan hotel serta perniagaan setempat.
“Syukur, program ini dapat sambutan positif dan kami harap ia dapat diteruskan pada masa akan datang untuk menarik pengunjung datang ke Terengganu selain menyumbang kepada ekonomi dalam sektor pelancongan melalui aktiviti sukan,” katanya. - KitaReporters
Peserta kayuhan melalui Jambatan Sultan Mahmud,Kuala Terengganu