Tahu tak! Malaysia jadi pilihan pelancong Asia! Destinasi kedua tertinggi selepas Jepun dalam Agoda!
Published bySIAPA sangka Malaysia menjadi destinasi kedua tertinggi dalam data carian platform Agoda selepas Jepun sekali gus menjadi destinasi pilihan utama pelancong Asia.
Berdasarkan data carian platform percutian digital global, Agoda, Thailand berada di kedudukan ketiga diikuti Indonesia, Singapura, Vietnam, Korea Selatan dan Filipina di tangga kelapan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan destinasi percutian
Ketua Pegawai Eksekutif Agoda, Omri Morgenshtern berkata, tahun ini, data Agoda juga menunjukkan bahawa ramai pelancong yang memilih percutian ke destinasi berhampiran di negara jiran sempena Tahun Baharu Cina.
"Namun begitu, trend ini tidak ketara dalam kalangan pelancong dari China dan Jepun yang lebih menggemari destinasi percutian beriklim panas.
"Oleh itu, ia melonjakkan Thailand ke tempat pertama. Sebaliknya pula, pelancong Thailand ingin menuju ke Jepun yang beriklim lebih sejuk," katanya.
Mengulas lanjut, Omri menjelaskan perkara berkenaan merupakan perkembangan yang sangat baik untuk dapat menyaksikan kembalinya keyakinan pelancong terhadap percutian antarabangsa terutamanya dalam pasaran Jepun, Korea dan Taiwan yang dibuka baru-baru ini.
"Kami mempunyai jangkaan terhadap lonjakan dalam perjalanan dari negara China, apabila Thailand, Macau, Taiwan, Hong Kong dan Jepun kembali dalam senarai destinasi idaman bagi Tahun Baharu Cina tahun ini.
"Namun, ia mungkin terlalu awal untuk menjangkakan pemulihan yang sepenuhnya, memandangkan cabaran yang membabitkan kapasiti dan harga penerbangan," katanya.
Data carian Agoda juga mendedahkan pilihan utama dalam tiga pasaran paling popular mengikut volum ialah Jepun, Malaysia dan Thailand.
Bandar kosmopolitan adalah tarikan utama di Jepun, dengan Tokyo, Osaka dan Fukuoka yang adalah tiga destinasi yang mendapat carian tertinggi.
Dengan tarikan warisan budaya dan suasana kotanya yang meriah, Kuala Lumpur muncul sebagai tempat paling popular di Malaysia, diikuti dengan Melaka dan Pulau Pinang, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Di Thailand pula, Bangkok berjaya menduduki tempat pertama, diikuti oleh bandar pesta pantai Pattaya dan Chiang Mai yang kaya dengan budaya.
Sebagai rakyat Malaysia, sewajarnya menjadi kebanggaan kepada kita semua apabila tanah air tercinta kita menjadi pilihan pelancong luar untuk melihat keindahan dan keistimewaan yang ada di negara kita.
Tahniah Malaysia, negaraku tercinta! Malaysia boleh!. - KitaReporters