Menu nasi buluh daging, kambing, ayam, ketam! Hidangan istimewa di Kewbuluh Cafe! Di Teluk Kemang!
Published by
KitaReporters
--title--
Pepatah ada berkata hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Usaha pula akan membawa kejayaan asal tidak mengaku kalah dengan ujian dan cabaran.
Bermula dengan perniagaan produk kecantikan dan pakaian kini dia menambah bidang niaga dengan membuka restoran.
Nur Shuhada Yacoob, 39, wanita cekal yang tidak pernah mengaku kalah dan harus berbangga dengan bidang baharu perniagaannya yang kini semakin mendapat sambutan ramai.
Nur Shuhada Yacoob
Terletak di pusat peranginan terkenal di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Kewbuluh Cafe ternyata mendapat sambutan kerana hidangannya yang unik.
"Saya pada mulanya membuka kedai pakaian. Sayangnya PKP. Sambutan dingin menyebabkan saya mengambil keputusan mencuba satu bidang perniagaan baharu tanpa menutup kedai pakaian.
"Saya terfikir kenapa tidak buka restoran. Orang mesti hendak makan walaupun PKP. Lagipun saya memang suka mencuba sesuatu yang baharu. Lalu terhasil Kewbuluh Cafe ini pada 2021," kata Nur Shuhada yang mesra disapa Shue.
Ditanya Kenapa memilih nama Kewbuluh Kafe jawab Shue: "Saya dan suami pernah makan ayam tulang lunak di Bali. Bermula dengan makan ayam tulang lunak tersebut, timbul idea kami untuk menginspirasikan kedai tersebut menjadi kenyataan dan lahirlah Kewbuluh Cafe ini.
"Kedai ini berkonsepkan buluh dan nasi diletakkan di dalam buluh. Pada mulanya saya hendak letak Ke sahaja. Tetapi sebab nak bunyi sedap sikit, kita tambah ‘kew’ di hadapan," cerita Shue.
Dalam hubungan ini Shue berterima kasih kepada suaminya, Danial Hasno, 39, yang memberi sokongan dan membantu merealisasikan impian mereka melahirkan Kewbuluh Cafe ini.
"Tanpa sokongan suami saya tidak akan berjaya," tambah Shue.
Selain menghidangkan nasi dalam buluh, dekorasi Kewbuluh juga sangat unik dan nostalgia.
"Saya minat P. Ramlee jadi ada hiasan gambar gambar seniman agong negara itu dihias di Kewbuluh Cafe sebagai daya tarikan kepada para pelanggan," tambah ibu kepada Rayzen Danial, Noah Danial dan Qori Danial.
Dengan pekerja seramai 4 orang Kewbuluh Cafe memberi khidmat yang terbaik, pantas dan peramah.
"Semua pekerja dilatih dalam bidang masing-masing. Setakat ini semua berjalan lancar dan sambutan juga sangat baik. Saya percaya kepada kualiti pekerja bukan kuantiti," ujar Shue tersenyum.
Bagi anda yang ingin merasa kelainan boleh datang ke Kewbukuh Cafe untuk mencuba nasi buluh ayam, kambing dan daging dimasak asam pedas dan kari juga udang galah butter serta ketam.
Terdapat juga dessert sebagai pembuka selera seperti Italian Panacota Puding, ABC Tropicana, caramel coconut shake dan caramel coconut ice cream.
Kewbuluh Cafe dibuka dari Jumaat sehingga Selasa, cuti sekolah, cuti am dari pukul 10:30am hingga 6:00pm dan ditutup pada Rabu dan Khamis.
Walaupun sekarang ada Kewbuluh Cafe, Shue tetap fokus kepada perniagaan pakaian dan produk kecantikan yang menjadi kesayangannya.
"Syukur kepada Allah kerana sekarang Shue ada tiga cabang perniagaan - kecantikan pakaian dan makanan. Semoga Allah permudah urusan Shue untuk mencapai kejayaan dalam ketiga-tiga bidang ini,'' doa Shue.
Selain pelancong tempatan, terdapat juga pelancong luar negara yang singgah menjamu selera di Kewbuluh Cafe.
Menurut Shue, perkhidmatan COD di sekitar Port Dickson. Dari Pasir Panjang ke Springhill juga disediakan.
"Yang bercuti di Port Dickson , tak tau hendak makan apa atau malas nak keluar, kami sediakan khidmat hantar terus ke tempat penginapan anda," kata Shue.
Jika terlajak bersama keluarga bercuti ke Teluk Kemang, Port Dickson jangan lupa singgah menjamu selera di Kewbuluh Cafe.
Kemudahan surau, tandas, parking dan mini playground turut disediakan.
Boleh hubungi www.wasap.my/60192728419/Nak_Menu_NasiBuluhNew - KitaReporters
14
17
0
16
0