Platform pelancongan digital Agoda mengumumkan terdapat peningkatan sebanyak 137% berbanding dengan tahun lepas (2023) dalam jumlah carian penginapan antarabangsa dalam kalangan warga China untuk Minggu Emas (Golden Week) yang bakal menjelang. 

Minggu Emas kedua China tahun ini (2024) bakal berlangsung dari 1 hingga 7 Oktober.

Data carian penginapan Agoda menunjukkan satu perubahan dalam pilihan pelancong China untuk Minggu Emas. 

Tahun ini (2024), Malaysia berjaya meraih tempat dalam senarai lima destinasi dengan carian tertinggi oleh pelancong China, bersertakan Jepun, Thailand, Korea Selatan dan Indonesia.

Tahun ini, Minggu Emas bakal menjelang,  dari 1 hingga 7 Oktober 2024. Ia merupakan tempoh perjalanan utama bagi keluarga China yang ingin memanfaatkan percutian yang panjangnya selama seminggu. 

Minggu Emas disambut dua kali setahun di China, sekitar Tahun Baharu Cina dan Hari Kebangsaan China.



Andrew Smith, Naib Presiden Kanan, Bahagian Bekalan di Agoda berkata, "Peningkatan dalam carian untuk perjalanan antarabangsa pada Minggu Emas China menunjukkan peningkatan dalam keyakinan warga China untuk menerokai destinasi antarabangsa. 

"Kami berasa teruja apabila melihat destinasi berhampiran dengan pantai timur China seperti Seoul dan Osaka, serta tempat percutian kegemaran Bangkok dan Bali yang lebih jauh ke Selatan menarik minat pelancong China.

"Di samping itu, daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong China semakin meningkat telah terbukti dalam tempoh percutian utama ini. 

"Dengan kelebihan rangkaian hotel Asia yang unik, Agoda komited untuk membantu pelancong China untuk menikmati percutian ke seluruh Asia dengan harga yang lebih murah dan tawaran bernilai hebat.”

Agoda terus membantu para pelancong dengan menawarkan lebih 4.5 juta tempat penginapan percutian di seluruh dunia, lebih 130,000 laluan penerbangan dan lebih 300,000 aktiviti liburan, yang kesemuanya boleh digabungkan dalam satu tempahan yang sama dengan mudah. - KitaReporters/Kenyataan Media

12
14
0
9
0

Copy Link: