"PERANG laksa hari kedua." Komen penulis dalam posting FB seorang kawan. Dibalas olehnya: "Tak tau bila genjatan senjata." Jawapan itu betul-betul menggeletek, terasa nak ketawa terbahak-bahak lalu penulis menambah komen; "Biarlah, masih on, tengah panas tu!"


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masakan


Laksa Johor terpalit dalam 'perang' viral sejak Selasa, 18 Mei 2021. 


Betul, biarkan saja. Bagus juga perang isu seperti itu, sekarang ni peringkat keluar semua sejarah mengenai Laksa Johor dan tersebar pula pelbagai tip, tunjuk ajar dan resipi aneka jenis laksa daripada netizen.

Manfaatnya, semua dapat belajar sejarah asal-usul makanan yang tular itu dan mengetahui mengenai pelbagai jenis masakan laksa yang ada di negara ini dan perbezaannya.


Ayat merujuk kepada keaslian Laksa Johor yang membuat perihal laksa menjadi tular. - Kredit FB


Baru nak reda isu nasi himpit Adabi lembik, tular pula isu laksa bagai mengambil baton daripada ketupat Adabi. 

Semalam ternampak, posting daripada seorang netizen, berbunyi, “Kalau tak ada ikan parang guna ikan tenggiri. Jangan jatuhkan standard kami Orang Johor dengan menggunakan ikan kembung atau selayang. Itu standard orang Utara atau Pantai Timur.”

Hakikatnya terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia, empat yang utama iaitu 

  • Pertama, Laksa Utara (Penang dan Kedah) juga disebut Laksa Asam, tanpa santan; 
  • Kedua, Laksa Kelantan lebih dikenali Laksam, yang kuahnya lemak putih sama juga dengan Laksa Pahang tidak pedas, dihidangkan bersama sambal berasingan; 
  • Ketiga Laksa Johor kuah lemak kekuningan dan 
  • Keempat Laksa Sarawak, kuahnya sedikit lemak kemerahan dan pedas juga. 

Selain ada juga laksa yang jarang didengar seperti Laksa Mi Pangkor.


Salah satu jenis laksa lemak. Rata-rata semua laksa, bahan utama kuah sama sahaja iaitu daripada isi ikan dimakan bersama hirisan ulaman. - Kredit foto: FB Emy De Kuale


Entah kenapa rasa tersentap sedikit, dengan ayat  ‘jangan jatuhkan standard kami Orang Johor’ dan`itu standard Orang Utara atau Pantai Timur, yang kalau ditafsirkan bermaksud penggunaan ikan kembung dan selayang untuk membuat kuah laksa sebagai kelas bawahan sementara penggunaan ikan parang dan tenggiri, lambang kelas kayangan.

Lalu penulis memberi komen, “Patutnya sebut saja, yang betulnya guna ikan itu atau ikan ini, jangan babitkan perkataan standard, elok dapat pahala daripada memberi info, lain pula tafsirannya.

"Kan" jawab seorang lagi. 

Balas penulis, “takut mengguris hati orang lain.” 

Tak sangka pula posting asal mengenai Laksa Johor itu kemudian viral sehingga ke hari ini. 

Rupa-rupanya ramai sentap dengan posting mengenai Laksa Johor itu. Lalu bukan saja heboh dalam laman FB terbabit, sepantas kilat tersebar pula ke laman FB peribadi ramai netizen.

Ada yang rasa terganggu dengan isu viral remeh itu, sementara sebilangan yang rasa terguris mulalah memberi ulasan mengenai pilihan bahan dan kaedah masing-masing membuat laksa. Sekonyong-konyong, laman FB sejak dua hari itu dibanjiri hasil masakan pelbagai jenis laksa, termasuk tutorial membuat.


Ini Laksa Mi Pangkor yang jarang kita dengar. - Kredit foto - FB Lina Alias


Dalam pada itu, Lina Alias memuat naik gambar Mi Laksa Pangkor yang jarang kita dengar. 

Menurutnya yang dihubungi melalui mesej FB, Mi Laksa itu berasal dari Pangkor dan Pantai Remis. Katanya, dia membuat Mi Laksa Pangkor itu mengikut resipi yang diajar ibunya. Ia dibuat menggunakan mi kuning tetapi bukan mi kuning yang biasa orang buat goreng tu. 

"Kuah mi ini boleh dipelbagai, boleh daripada sup ketam, udang atau udang lipan. Tapi yang terkenal adalah dari sup ikan kembung tumis darat. Kalau guna ikan kembung, boleh juga diperisi kasar, tidak perlu ditumbuk, dibiarkan berderai dalam kuah atau boleh juga guna seekor ikan yang dipotong tiga bahagian.

"Tapi selalunya saya perisi ikan buang tulang. Bezanya tak payah kisar seperti buat kuah Laksa Utara," jelasnya.


 

Laksa Asam. - Kredit foto: FB Nieda AreChique


Rata-rata bahan utama kuah laksa semuanya sama sahaja iaitu daripada isi ikan namun berlainan cara masak dan bahan campurannya. Semua laksa ini adalah popular dan mempunyai peminatnya, digemari mengikut selera masing-masing. 

Kaedah memasak semua jenis laksa bebas, asal memasukkan bahan utama seperti isi ikan untuk kuah. Rata-rata tidak terikat kepada jenis ikan yang wajib diguna, bergantung kepada kesukaan masing-masing dan jenis ikan yang ada di tempat terbabit. Justeru tidak perlulah nak berperang mengenai kuah laksa. 

Sementara isi laksa pula sedikit berlainan antara di antara satu sama lain, misalnya Laksa Utara menggunakan laksa kasar jenis kenyal terkadang sukar putus apabila digigit, Laksam Kelantan dan Pahang menggunakan laksa kasar daripada beras kisar, terbaik adalah yang lembut dan mudah putus apabila digigit. Laksa Johor pula daripada spageti dan Laksa Sarawak seakan mihun. 


Posting mengenai sejarah asal-usul Laksa Johor daripada spageti. - Kredit foto: FB Eyta Musa


Perbezaan Laksa Johor dengan laksa negeri lain, hanya Laksa Johor dimakan bersama spageti. Kisah asal-usul Laksa Johor menggunakan spageti hampir sama, iaitu dikatakan berasal dari istana Johor, dipercayai muncul selepas Almarhum Sultan Abu Bakar melawat Itali dan memperkenalkannya kepada kerabat kesultanan Johor.

Lagi penerangan mengenai asal-usul Laksa Johor.


Namun Azwan Muhamad yang mendakwa Datuknya menjual Laksa Johor sejak sekian lama, pula menjelaskan seperti berikut



Lantaran viral itu, pelbagai gambar laksa dipaparkan, menarik dan menyelerakan!



Sedang posting laman FB penuh dengan hal laksa, petang tadi (Rabu, 19 Mei 2021) muncul Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, menulis: "Alamak, saya tertinggal bas. Apa cerita laksa? Teringin pula nak makan ni. Boleh rekomen mana sedap?" Postingnya mendapat lebih 11K komen dan lebih 802 perkongsian.

Jom makan laksa bossku..... - KitaReporters


2
0
1
0
0

Copy Link: