Pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor digalakkan membuat tempahan secara dalam talian bagi menempah pusat penginapan dan tiket feri. - Kredit foto: Bernama


PELANCONG yang ingin ke Pulau Pangkor susulan inisiatif gelembung pelancongan yang dijangka dibuka November 2021 perlu menempah pusat penginapan dan tiket feri secara dalam talian.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin berkata kehadiran secara 'walk-in' atau jumpa terus tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kesesakan teruk terutama di pintu masuk dan tempat menunggu feri.

“Ketika ini ‘walk in’ masih dibenarkan namun untuk masa akan datang apabila gelembung pelancongan dibuka bagi menerima kehadiran pelancong dari negara lain, kaedah ‘walk in’ ini tidak begitu sesuai digunakan.

"Jadi kita syorkan agar semua tempahan dilakukan melalui sistem tempahan sedia ada agar pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor boleh tahu masa sesuai menunggu feri di jeti dan sebagainya.

“Melalui cara ini ia sekali gus dapat mengurangkan kesesakan di pintu masuk dan jeti yang keadaannya tidak begitu luas bagi menampung jumlah kehadiran pelancong yang ramai pada satu-satu masa,” katanya dipetik laporan Sinar Harian pada 16 September 2021.

Tambah beliau, pemain-pemain industri pelancongan di Pulau Pangkor itu telahpun mengambil inisiatif  persiapan awal bagi pastikan mereka layak dari segi keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard untuk beroperasi. KitaReporters


9
9
0
20
0

Copy Link: