KITA selalu bangga-banggakan tempat menarik di luar negara sedangkan negara kita sendiri pun tak kalah. Kadang-kadang kita tak perasan, negara kita juga mempunyai khazanah-khazanah luar biasa sehinggalah kita sendiri merasainya. Sebab tu, mungkin wabak COVID-19 ini ada hikmah di sebaliknya. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan haiwan:

https://kitareporters.com/search?search=haiwan


Begitulah yang berlaku ke atas pelakon popular, Dayana Roza yang merasai sendiri pengalaman bertemu dengan ikan lumba-lumba atau dolphin.


Menariknya, pertemuan itu yang tidak dapat dilupakan itu bukan berlaku di luar negara tetapi hanya di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan sahaja! Siapa sangka lautan kita juga menjadi laluan ikan lumba-lumba mencari makanan.

Dayana berkongsi pengalaman hebat itu dalam Instagramnya. 

Menurutnya, pertemuan yang tidak disangka itu berlaku ketika keluar memancing bersama rakan-rakan di situ.

Dayana Roza bertuah dapat melihat ikan lumba-lumba di depan mata.


Sekumpulan ikan lumba-lumba mendekati bot yang dinaiki oleh Dayana.


Lebih teruja, ikan lumba-lumba itu dilihat mendekati bot dan ‘menghiburkan’ mereka dengan aksi-aksi memburu makanan.  

“Semasa mancing kat tengah laut semalam, tiba-tiba dari jauh nampak dolphin. Sekali dia orang datang main pusing-pusing kat area bot kita orang. Mungkin sebab kita orang semua sangat teruja, jadi dia orang belanja pertunjukan percuma dekat-dekat dengan kita orang.

“Siapa sangka kat PD boleh jumpa dolphin banyak ni. Dalam lebih 10 ekor ada ni. Daripada yang besar sampai anak-anak dia.

“Rezeki kita orang jumpa dolphin. Tapi kalau ada dolphin, ikan lain semua larilah ceritanya. Tapi takpe, Allah dah aturkan rezeki kita setiap hari. Selalu dapat ikan banyak tu perkara biasa. Tapi jumpa dolphin depan mata ni rare.

“Alhamdulillah. Kemudian lepas dolphin takde semua fikir ‘kalau ada ikan paus sesat pula datang boleh terbalik bot kita ni’. Jadi, hidupkan enjin bot, pergi ke tempat lain. Takut!” tulis Dayana berkongsi pengalaman.


Perkongsian Dayana itu turut dirasai pengikut-pengikutnya dalam Instagram. Malah, ada penduduk setempat mendakwa mereka tidak pernah melihat dan terserempak dengan ikan lumba-lumba sejak tinggal di situ.


Kiranya Dayana Roza betul-betul bertuah kerana dapat melihat ikan lumba-lumba depan mata. 

Biarpun mereka tidak dapat menangkap ikan hari itu kerana habis diburu oleh ikan lumba-lumba, tetapi tetap berpuas hati kerana dapat melihat makhluk Allah SWT yang indah itu. - KitaReporters

0
1
0
1
0

Copy Link: