Zalida berniaga peneram (benderam) secara bergerak sekitar daerah Besut dan Setiu


KEHILANGAN tempat bergantung bukan penghalang untuk terus membina kehidupan lebih baik sebaliknya ia memerlukan kecekalan dan motivasi diri yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

Seorang ibu tunggal gigih memerah keringat sejak enam tahun lalu untuk membesarkan anak-anak dengan menjalankan perniagaan menjual kuih peneram (benderam).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan ibu tunggal:

https://kitareporters.com/search?search=ibu+tunggal


Zalida Othman


Zalida Othman, 49, dari Kampung Calok Kedai, Setiu, Terengganu yang mengusahakan kuih peneram sejak lebih lima tahun itu dengan memasarkan kuih berkenaan ke seluruh negeri.

"Selain memasarkan di seluruh daerah Setiu dengan meletak di beberapa buah kedai, saya juga menjualnya secara online serta melalui 'showcase' (pameran).

"Showcase itu dianjurkan oleh jabatan kerajaan serta swasta dan badan-badan lain melalui beberapa program yang dianjurkan," katanya.


Zalida menunjukkan produk kuih peneram yang diusahakanya


Ibu kepada enam orang anak itu mampu memperoleh pendapatan bersih hampir RM3,000 sebulan sebelum pandemic COVID -19 melanda negara awal pada 2020. 

"Dulu saya pernah menjual sehingga 1,500 bungkus sehari tetapi kini pendapatan saya banyak berkurangan kerana tidak dapat mengikuti program 'showcase' (pameran) kerana wabak COVID-19, namun saya masih mampu menyara keluarga.

"Boleh lagilah untuk menampung perbelanjaan keluarga kerana empat anak saya sudah berdikari cuma tingal dua orang sahaja yang masih dalam tanggungan saya iaitu anak kembar berusia 17 tahun," jelasnya.


Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah membeli peneram daripada Zalida ketika melawat Pasar Tani Kekal Nyior Tujuh, Jertih


Zalida berkata, apa yang dia harapkan sekarang ialah supaya wabak COVID-19 dapat dibendung supaya dia dapat berniaga semula seperti biasa.

"Jika ada 'showcase', pendapatan akan bertambah berbanding sekarang hanya letak di kedai-kedai," katanya yang kematian suami kira-kira enam tahun itu.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya termasuklah RISDA, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), FAMA, Pejabat Daerah Setiu dan agensi-agensi lain yang terlibat. - KitaReporters


Kuih peneram antara kuih tradisional Melayu yang masih kekal dan disukai ramai

7
0
2
1
0

Copy Link: