Rombongan Program Singgah Sahur Pusat Khidmat DUN Tenang menyantuni anggota pasukan Bomba dan Penyelamat yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat di Labis, Johor.


KEGEMBIRAAN jelas terbayang pada wajah anggota polis dan bomba yang bertugas di balai polis serta balai bomba dan penyelamat di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Labis, Johor ketika dikunjungi rombongan Program Singgah Sahur anjuran Pusat Khidmat ADUN Tenang pada 24 April 2022 lalu.

Program yang bermula seawal pukul 1 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4.30 pagi itu turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Saleh yang menyerahkan bungkusan makanan sahur kepada anggota bertugas di Balai Polis Chaah, Bekok, Labis, Tenang Stesen serta Balai Bomba dan Penyelamat Labis bagi memudahkan mereka bersahur.

Lagi



Haslinda Salleh (kanan) menyerahkan bungkusan makanan sahur kepada Ketua Polis Balai Polis Labis ketika program Singgah Sahur anjuran Pusat Khidmat ADUN Tenang. 


"Program ini bukan sahaja bertujuan menzahirkan penghargaan serta pengiktirafan kepada anggota pasukan keselamatan yang merupakan sebahagian daripada petugas barisan hadapan, sebaliknya turut merintis satu jalinan kerjasama erat antara masyarakat dan golongan tersebut.

"Bagi saya bukan nilai sumbangan yang dihulurkan bukan ukuran, sebaliknya penghargaan terhadap pengorbanan mereka yang sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri demi memastikan keselamatan serta keselesaan orang ramai adalah lebih penting," katanya.


ADUN Tenang, Haslinda Salleh (lima dari kanan) merakam gambar kenangan bersama anggota polis Balai Polis Tenang Stesen, Labis, Johor ketika Program Singgah Sahur.

Menurutnya program tersebut bukanlah kali pertama diadakan pada kali ini, tetapi program seumpama sudah pun dilaksanakan buat pertama kali pada tahun 2014 lagi, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa dihentikan untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, Ramadan tahun 2022 ini dilihat waktu paling sesuai 'menghidupkan' semula program tersebut memandangkan wabak Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun kebelakangan ini sudah semakin terkawal dan negara sudah pun beralih ke fasa endemik sejak awal April 2022.


Balai Polis Bekok merupakan salah satu balai polis yang terletak di dalam kawasan DUN Tenang antara yang dikunjungi oleh rombongan Program Singgah Sahur.

Justeru, Haslinda berharap akan lebih ramai pihak badan bukan kerajaan (NGO),  badan korporat mahu pun orang perseorangan tampil menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan ini pada masa akan datang. 

"Petugas barisan hadapan ini sebenarnya tidak mengharap apa-apa balasan daripada pengorbanan mereka. Mereka ikhlas menunaikan tanggungjawab serta amanah, namun masyarakat perlu sedar tanpa  meraka, kita mungkin tidak dapat menikmati kehidupan yang aman dan selesa seperti hari ini.
"Masyarakat perlu sentiasa positif dan tidak melihat tindakan anggota keselamatan sebagai menyusahkan mereka kerana mereka sentiasa berpegang kepada etika ketika menjalankan tugas demi menjaga keamanan negara walaupun adakalanya terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko." katanya. - KitaReporters

Haslinda menyerahkan bungkusan makanan sahur kepada salah seorang anggota polis yang bertugas di salah satu balai polis yang terletak di dalam kawasan DUN Tenang.

11
14
0
7
0

Copy Link: