Terbaiklah Restoran Hameediyah! Menu Rahmah terus dapat sambutan! Kedai-kedai nasi kandar lain bila?

Published by
KitaReporters


SEJAK kerajaan memperkenal Menu Rahmah dan ia telah dapat sambutan yang baik dari pelbagai pengusaha makanan di Malaysia ini. Terbaharu, nasi kandar popular di Pulau Pinang, Hameediyah pula akan memperkenal menu tersebut buat peminat nasi kandar. 

Bermula Mac 2023 ini, orang ramai akan dapat menikmati nasi semurah RM5 namun ia bukanlah dibuka sepanjang waktu. 

Sebaliknya, menu tersebut akan terpakai pada waktu tertentu setiap hari tanpa ada had Jualan. Ini bermakna, pembeli akan dapat menikmati harga murah selagi waktu promo itu masih ada. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan menu Rahmah


Menurut pengurus Restoran Hameediyah, Muhammad Salim Ahmad Seeni Pakir, 31, sebelum ini menawarkan pada harga RM8.50, tidak termasuk minuman. 

Namum kali ini, pelanggan akan menikmati hidangan seperti nasi kosong berlaukkan sayuran dan ayam atau daging, termasuk minuman air sirap.

Perkara baik ini sebenarnya memberi peluang kepada orang ramai yang teringin menikmati hidangan nasi kandar popular ini dengan harga rendah. 

Mereka akan melaksanakan harga tersebut dalam masa tiga hingga empat bulan dan akan melihat kembali bagaimana sambutannya selain akan menilai harga pasaran ketika itu. 

Diharapkan akan ada lebih banyak pengusaha makanan di Malaysia turut mengikut jejak seperti ini kerana memberi manfaat kepada pengguna terutama golongan yang memerlukan. - KitaReporters


11
9
0
10
0

Copy Link: