Video| Pelanggan dari syurga! Tolong kemaskan sisa makanan, pinggan, gelas! Juga bersihkan meja makan!

Published by
KitaReporters


TINDAKAN sekumpulan pelanggan di kedai makan mengemas sendiri segala sisa makanan dan pinggan serta gelas yang digunakan selepas menjamu selera telah menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @salazaandsons, pemilik kedai makan itu meluahkan rasa terharu terhadap pelanggannya yang terdiri daripada sebuah keluarga seramai 30 orang menyusun dan mengemas sendiri selepas makan di kedainya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kedai-kedai makan


Customer dari syurga ni. Family 30 orang. Semua dia kemaskan sendiri. Terima kasih kerana memudahkan dan memahami urusan pekerja Salaza,”  kongsinya di laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial menjadikan tindakan pelanggan itu sebagai satu contoh yang baik perlu dijadikan sebagai ikutan serta memuji kebaikan yang dilakukan.



“Konsep dia mudah, kita permudahkan urusan orang lain, insyaallah, Allah permudahkan urusan kita,” kata @simplesudah.

“Inila beza keturunan yang baik-baik daripada yang lain, memang tidak akan sama,” ujar @Roku.

“Inila yang sepatutnya, saya kalau makan di luar, memang didik anak-anak kemas sebegini. Insyaallah hidup kita akan tenang,” jelas @SyafiqWazan. - KitaReporters


10
10
0
12
0

Copy Link: