BAGI si pencinta kopi, kopi daripada biji kopi yang tunggal bukan hanya mempunyai keunikan rasa tetapi ia mampu memberikan pelbagai lagi perasa yang nyata di luar sangkaan. Kerana itu, Kopi bru (brew) manual, kian diminati oleh si pencinta kopi. Semakin hari semakin meningkat peminat kopi bru manual ini. : KitaReporters 


Lagi cerita-cerita berkaitan kopi:

https://kitareporters.com/search?search=kopi


Di mana-mana kian hari terdapat banyak kafe hipster yang menjual pelbagai jenis kopi yang siap dibru mengikut cita rasa anda semua.

Namun berbeza dengan Mohd Fauzi bin Azmi @ Misnon, 52, mempunyai impian untuk memiliki kedai kopi bergerak iaitu menggunakan keretanya sebagai tempat membuat kopi. Fauzi berkata beliau sangat suka kopi menyebabkan beliau membuka kedai kopi secara jalanan di belakang kereta.

Idea untuk menjual kopi di belakang kereta ini diperoleh setelah melihat penjualan kopi brew jalanan di Eropah, Australia, New Zealand dan di Arab secara meluas.


Konsep bisnes menjual kopi bru di belakang kereta ini juga telah lama dibuat di Indonesia. Di mana ramai peminat kopi bru tidak mampu untuk menikmatinya kerana harganya mahal.

"Oleh itu, saya memilih untuk menjual kopi bru agar semua orang dapat menikmati kopi dengan harga yang mampu milik bukannya di kafe mahal atau hipster," kata Mohd Fauzi.


Sebelum meniaga kopi ini, Mohd Fauzi banyak belajar sambil menikmati kopi di kedai kopi dan bersembang dengan orang yang lebih mahir untuk mengetahui cara yang betul untuk membuat kopi o, kopi susu dan yang lainnya.

"Saya beli mesin bru kecik kat rumah, praktis dan belajar dari Youtube bagaimana nak jadi seorang barista yang bertauliah agar kopi yang dijual dijamin sedap dan berkualiti."


Apa yang lebih istimewanya, kopi yang dijual bukannya kopi dibancuh seperti biasa, tetapi kopi yang segar untuk dinikmati semua orang.

Jika anda ke Johor Bahru singgahlah minum kopi jalanan 5 bintang yang dibru sendiri ini pada harga yang mampu beli di KopiKupi.

Ternyata perniagaan KopiKupi ini telah tular dalam Twitter baru-baru ini. Rata-rata netizen berkongsi pengalaman mereka sendiri mengatakan kopi yang dijual murah dan sedap.


Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan beli yang siap dalam botol pun rasanya baru macam lepas bru.


Tambah Mohd Fauzi, pengalaman paling manis dalam hidupnya adalah ada keluarga kerabat Ditaja Johor juga berkunjung ke kopi jalanan miliknya, walaupun beliau bukannya seorang baritsa yang legit.


Bagi anda yang ingin mencuba kopi yang dijual, singgahlah ke KopiKupi yang berdekatan dengan Today's Mall Ulu Tiram. - KitaReporters

9
1
0
1
0

Copy Link: