Lebih 1 juta berbuka puasa serentak di Madinah! Dermawan, sukarelawan sajikan makanan dan minuman!
Published bySukarelawan terdiri yang daripada kalangan belia dan jemaah yang memenuhi Masjid Nabawi, Madinah menghidangkan makanan dan minuman secara percuma ketika berbuka puasa di masjid suci itu.
Sajian makanan dan minuman secara percuma itu disajikan hasil sumbangan dermawaan dan mereka yang berlumba-lumba untuk mengejar pahala terutama ketika berbuka puasa di Tanah Suci ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tanah Suci
Juruteknik penerbangan Ahmed Mutahar, 23, bersama rakan-rakannya yang bertugas sebagai sukarelawan di Masjid Nabawi ketika ditemui berkata, telah menjadi kebiasaan bagi remaja yang terdiri dari pelajar sekolah dan belia untuk menyediakan makanan dan minuman untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan.
“Makanan dan minuman sumbangan daripada dermawan dan orang ramai, yang diterima untuk disajikan sebaik sahaja selepas solat asar,” ujarnya ketika ditemui.
Difahamkan lebih sejuta jemaah menyertai majlis berbuka puasa itu secara serentak dalam masa 10 minit selepas azan maghrib.
Pengalaman berbuka puasa di Masjid Nabawi itu turut disertai jemaah dari seluruh dunia termasuk Malaysia.
Rata-rata sukarelawan mula membentangkan plastik sebagai alas di atas sejadah yang digunakan untuk solat berjemaah.
Sebaik sahaja selesai berbuka sisa makanan dan minuman itu dibungkus dengan segera untuk jemaah menunaikan solat maghrib pula.
Antara menu yang disediakan ialah kurma, sebotol air zam-zam, yoghurt segar termasuk nasi dan minuman panas yang dibawa oleh Jemaah berdekatan Masjid Nabawi. - KitaReporters
Jemaah sedang mengaji Al Quran sementara menunggu masa berbuka.