Video| Wak Doyok jual sushi pula! Suntik elemen tempatan! Harga murah ada rasa tempe! Mau cuba?

Published by
KitaReporters
/
Wak Doyok memngembangkan dinasti perniagaannya dengan membuka restoran sushi yang dikenali sebagai Sushiwak

PERSONALITI media sosial dan pelakon yang dikenali dengan misai uniknya dan menjadi salah seorang ikon fesyen memperkembangkan empayar perniagaannya dengan menceburi perniagaan makanan

Untuk itu Wak Doyok, 42, yang nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, telah membuka restoran makanan Jepun yang diberi nama 'Sushiwak' yang berlokasi di Melawati Mall, Kuala Lumpur.

Keistimewaan restoran Sushi Wak ialah ia menghidangkan resipi sushi dengan suntikan elemen kemelayuan yang pastinya lebih dekat dengan selera tempatan.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Wak Doyok

/

Sushiwak yang mempunyai citarasa tempatan mula dibuka secara rasmi pada 26 Disember 2021.


Dengan kelainan itu, restoran yang dibuka secara rasmi pada 26 Disember 2021 iaitu sebulan selepas menyambut ulang tahun Wak Doyok yang ke-42 pada 22 November 2021 lalu, menjadi tumpuan sehingga para pekerja tidak cukup tangan untuk melayan pelanggan.

Tukang masak di Sushiwak adalah warga tempatan yang mempunyai pengalaman 10 tahun ke atas dalam pembuatan sushi.

/

Sushi dijual pada harga murah dan boleh dicuba di Melawati Mall. - Kredit foto: IG sushiwakmalaysia

Sushi citarasa tempatan ini ditawarkan pada harga murah dengan harga mengikut warna pinggan iaitu kuning RM5, merah RM3 dan hitam cuma RM1. Ada sushi campuran tempe. - KitaReporters



7
12
0
13
0

Copy Link: