Minggu Fesyen Selangor 2020 meriah! #carakita #dudukrumah!
Published byPENTAS peragaan yang selalu dihiasi lampu limpah lagi cerah serta lip-lap bergemerlapan dan perbarisan model yang berlenggang lengok dengan kasut tumit tinggi, hebat menggayakan koleksi fesyen glamor hasil sentuhan pereka terkemuka negara. Namun kali ini berbeza dengan Minggu Fesyen Selangor yang diadakan pada 4 September 2020 lalu kerana semuanya #carakita dengan #dudukrumah agar #kitajagakita. : Kitareporters
https://www.facebook.com/selangorfashionweek/videos/2729021184036904
Lagi cerita-cerita berkaitan fesyen:
https://kitareporters.com/search?search=fesyen
Buat pertama kalinya, kita melihat peserta catwalk di sudut luar biasa dari kamar tidur, lorong pejalan kaki kedai, ruang tamu dan di tempat parkir kereta di kediaman masing-masing.
Semua ini kerana penangan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta had berkumpul, yang menyebabkan peserta yang terpilih ke pertandingan akhir The Next Look of Selangor Fashion Week 2020 Stay @ Home Worldwide Online, perlu menampilkan kreativiti tersendiri bagi menarik minat para juri.
Pertandingan anjuran bersama Organisasi Miss Malaysia Kebaya (Ratu Kebaya Malaysia atau MMK) & Minggu Fesyen Selangor (Selangor Fashion Week atau SFW) dan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB) bertujuan mengekalkan momentun Minggu Fesyen Selangor yang diadakan setiap tahun.
Pertandingan itu untuk memilih model remaja, dewasa, kanak-kanak, pengacara dan artis berbakat dalam bidang nyanyian, lakonan, muzik yang akan ditinjolkan sebagai muka-muka baharu selaku `duta` kecil dan jurucakap MTPB.
Winnie Kok dendangkan dua lagu satu bahasa Cina dan satu lagu Melayu.
Juara model cilik kanak-kanak, Zafran Nufail Ramadhan memikat juri dengan senyumannya.
Peserta model remaja Bibiana Khoo Luvelle.
Pelbagai aksi menarik ditampilkan oleh peserta bermula dengan gaya catwalk seorang model yang berkasi di ruang tamu rumah mereka yang dihiasi dengan pelbagai perabot, perhiasan rumah, pencahayaan lampu yang agak sederhana dan siap dengan aksi keluarga yang duduk di kerusi ketika model membuat persembahan membuatkan penonton tersenyum melihat kemeriahan `gaya di rumah`.
Koleksi pakaian yang terbaik mereka usahakan, mekap tiada sentuhan profesional, ruang pergerakan agak terhad namun tidak menghalang peserta mempamerkan bakat menari, nyanyian dan bermain alat muzik.
Tengok kucing pun buat catwalk.
Juara Fatin Nabila terharu menang dan diraikan hari jadi . Dia juara model katogeri petite dan Ratu Cantik petite.
Semua ini hasil latihan selama empat bulan dengan bimbingan daripada jurulatih tempatan dan antarabangsa.
Seramai 300 peserta dipilih peringkat pada awal 2020 Mei lalu dan selepas beberapa siri pemilihan hanya 30 peserta terbaik disenaraikan untuk tampil pada peringkat akhir sempena minggu fesyen terbesar dalam talian yang pertama kali diadakan di Malaysia.
Siaran langsung melalui zoom meeting itu boleh ditonton sehingga ke beberapa negara. Tetamu undangan mereka adalah Datuk Rashidi Hasbulah Kementerian Pelancongan, Seni dan budaya serta Dato Ammar Abd Ghapar Pengarah Kanan Event dan Domestik Pelancongan Malaysia. Mereka berdua turut mengutuskan nota memuji langkah penganjur meneruskan usaha itu walaupun berdepan dengan masalah kesihatan pada peringkat global itu.
Ia disiarkan secara langsung dalam Laman FaceBook Selangor Fashion Week dan siaran televisyen SFW sebagai satu siri realiti untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda serta dewasa dari pelbagai etnik, latar belakang, umur serta jantina yang bersaing dalam katogeri yang ditetapkan.
Cuma kali ini kena beraksi dari rumah sahaja!!
Juri warga Jerman yang menetap di Filipina, Matthias Gerber.
Bon Zainal.
Mereka dihakimi juri terkemuka dunia termasuk Matthias Gerber dari Filipina, Bon Zainal dan diketuai oleh Dr Jason Hee dan Nicole Fe Lynne.
Artis Winnie Kok dan Datin Marylene antara tetamu yang menyerikan majlis. Selain itu, Dr Julian Lee dan Eric Ooi turut melagukan rangkaian medley termasuk lagu Tan Sri P Ramlee.
Dr Jason Hee....Covid-19 tak jejaskan usaha kami.
Dalam ucapan aluannya, Dr Jason yang juga Pengasas dan Pengerusi Organisasi MMK dan SFW, berkata walaupun dicengkam wabak Covid-19. ia tidak akan sesekali melemahkan usaha penganjuran pertunjukan dengan #carakita dan #kitajagakita.
Pertandingan itu sebenarnya untuk menyebarkan pendidikan tentang melahirkan bakat baru dalam pelbagai bidang yang akan bertanggungjawab sebagai duta kecil negara mempromosikan pelancongan dan gaya hidup konseptualiti.
Nicole Fe Lynne....kami patuh SOP kerajaan.
Nicole sebelum itu memberitahu, pihaknya mematuhi ketetapan kerajaan dengan mendaftar peserta dan mengadakan kelas serta pemilihan sepenuhnya secara dalam talian sebelum 30 peserta terbaik untuk mencari juara dan muka baru yang akan muncul sebagai duta negara yang akan terbabit dalam promosi sektor pelancongan.
Peserta terpilih dari kategori model petite (kecil molek) juaranya, Puteri Lili Ayumi dan kedua, Fatin Nabila dan Jessica Arasu. Manakala Arishashena muncul sebagai juara katogeri model wanita dewasa, diikuti oleh Nurhafizah dan Ow Jing Yi.
Scott Kuah pula terpilih sebagai juara model dewasa lelaki, diikuti Abdul Ghani Mohd Isa dan Loh Chuan Boon.
Soheila Dehghankar pula terpilih sebagai pemenang model antarabangsa.
Dari coridor pun boleh dijadikan pentas peragaan.
Nur Quraisya Quinn diumumkan sebagai juara cilik model kanak-kanak perempuan diikuti Puteri iEman Qharmieylla dan Lee Boo Ying.
Zafran Nurfail Ramadhan pula dipilih sebagai juara kategori kanak-kanak lelaki diikuti naib juaranya, Muhamad Idlan Hakimi. Sementara Suraya Tasya muncul sebagai juara model remaja, Aiiswariyaa Mailvaganan sebagai naib juara pertama dan naib juara kedua, Bibiana Khoo Luvelle.
Juara rodel remaja lelaki milik Reymi Tham Ka Hong.
Berbakat besar... Tengok itu perhiasan rumah jadi backdrop
Lee Xuan terpilih sebagai juara Ratu Cantik dan Nur Farisya Abdul Shukor pula menjadi pemenang Ratu Cantik berbadan besar. Ratu Cantik `petite` (kecil molek) dimenangi oleh Fatin Nabila.
Dalam meraikan kemenangan itu, satu kejutan dibuat oleh ibu Fatin Nabila bila dia menayangkan kek hari jadi anaknya dalam talian. Fatin yang terkedu sebaik dipilih juara bertambah gembira bila ibunya berkongsi tarikh lahir dengan semua penonton dalam talian.
Ratu Cantik Muslimah dimenangi Adlin Adira.
Soheila Dehghankar terpilih sebagai pemenang model antarabangsa.
Nipun Chhabra terpilih sebagai pengacara telivisyen yang bukan saja diraikan oleh bapa yang muncul di sisinya malah ketika itu juga anjing kesayangannya juga kelihatan `gembira`. Naib juaranya Norhanisah Norzi dan naib juara kedua, Lee Xuan.
Katogeri bakat dimenangi oleh Nurul Azren Afendi yang menghayati aksi monolognya sehingga mengejutkan para juri. Kedua Bibiana Khoo Luvelle yang menunjukkan kebolehan tarian diikuti Reymi Tham Ka Hoong dan
Juara hos TV, Nipun Chhabara.
Ayah Nipun paling seronok anaknya menang
Pentas catwalk dari kamar tidur saja.
Alan dengan gaya bersahaja.
Fatin menang dua katogeri
Bibiana Khoo Luvelle mempamerkan kehebatan menari
Lee Xuan dengan gaya sebagai pengacara TV
Senarai penuh juara :
THE NEXT LOOK OF SELANGOR FASHION WEEK 2020 STAY@HOME WORLDWIDE ONLINE COMPETITION
A) KATOGERI MODEL :
I) Model Wanita Petite (kecil molek)
Juara - Puteri Lili Ayumi
1st Runner Up - Fatin Nabila
2nd Runner Up - Jessica Arasu
Juara Antarabangsa - Soheila Dehghankar
II) Model wanita dewasa
Juara - Arishashena
1st Runner Up - Nurhafizah
2nd Runner Up - Ow Jing Yi
III) Model lelaki dewasa
Juara - Scott Kuah
1st Runner Up - Abdul Ghani Bin Md Isa
2nd Runner Up - Loh Chuan Boon
IV) Model Kanak-kanak perempuan
Juara - Nur Quraisya Quinn
1st Runner Up - Puteri iEman Qharmieylla
2nd Runner Up - Lee Boo Ying
V) Model Kanak-kanak lelaki
Juara - Zafran Nufail Ramadhan
1st Runner Up - Muhamad Idlan Hakimi
VI) Model Remaja Perempuan.
Juara - Suraya Tasya
1st Runner Up - Aiiswariyaa
2nd Runner Up - Bibiana Khoo Luvelle
VII) Model Remaja Lelaki
Juara - Reymi Tham Ka Hoong
B) KATEGORI RATU CANTIK :
1. Juara Ratu Cantik - Lee Xuan
2. Juara Ratu Cantik Plus Size - Nur Farisya Abdul Shukor
3. Juara Ratu Cantik Petite (Kecil Molek) - Fatin Nabila
4. Ratu Cantik Petite Kecil Molek Muslimah - Adlin Adira
C) KATOGERI HOS DAN PENGACARA TV
JUARA - Nipun Chhabra
1st Runner Up - Norhanisah Norzri
2nd Runner Up - Lee Xuan
D) KATOGERI BAKAT
JUARA - Nurul Azren binti Efendi
1st Runner Up - Bibiana Khoo Luvelle
2nd Runner Up - Reymi Tham