Teringin make keropok lekor! Dr Amalina order dari Ireland!!
Published byBERJAUHAN dengan kampung halaman dan keluarga pasti membuatkan kita ‘rindu’ untuk menjamah makanan yang lain daripada kebiasaan terutama pada bulan mulia ini. Ada sahaja yang terbayang pada mata mengenangkan hidangan istimewa yang boleh dijamah bersama ahli keluarga yang lain. : KitaReporters
RAMAI pengikut Dr. Amalina yang cuba membantu beliau untuk mendapatkan hidangan tersohor di pantai Timur itu. - Gambar hiasan
Terbaharu, pakar bedah yang sedang menerpa nama di United Kingdom (UK), Dr. Nur Amalina Che Bakri berkongsi keinginan untuk menjamah keropok lekor.
Namun disebabkan perintah berkurung yang dilaksanakan menyebabkan beliau sukar mendapat makanan berkenaan.
Wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu kemudian menyuarakan ‘keinginan’ tersebut dalam laman Twitter.
“Siapa ada jual/deliver keropok lekor kat London waktu lockdown ni? Nak beli,” tulisnya dalam akaun Twitternya.
Alahai…kesian dia nak
makan keropok lekor!!
Bagaimanapun ciapan itu membuatkan ramai pengikut cuba membantu beliau untuk mendapatkan hidangan tersohor di pantai Timur itu.
DR. AMALINA bersama bonda tercinta, Sabariah Hassan ketika menyambut Aidilfitiri di London, tahun 2019. - Kredit foto: IG dramalinabakri
Malah ada pengikut
yang cuba memberikan idea supaya dia ‘mencari’ hidangan tersebut di Malaysia
Hall, tetapi Dr. Amalina menjawab semula dengan menyatakan tempat berkenaan
masih ditutup berikutan perintah berkurung.
Antara komen-komen pengikut yang cuba membantu Dr. Amalina merealisasikan impian untuk menjamah keropok lekor. - Kredit foto: Twitter DrAmalina.
Lebih melucukan ada
juga yang berkongsi ramuan untuk menyediakan keropok lekor.
Dalam masa sama, ramai
pengikutnya yang cuba membantu beliau dengan menyenaraikan beberapa lokasi di
sekitar London yang menjual snek tersebut.
Dengan kecanggihan
teknologi dan bantuan pengikut yang berkongsi maklumat, akhirnya wanita yang kebanggaan Malaysia itu berjaya mendapatkan keropok lekor tersebut.
Beliau memperoleh daripada seorang peniaga yang menetap di Ireland.!!
“Ok I’ve just ordered from Ireland, thank you for letting me know!” kongsinya.
Akhirnyaaa…Bak kata
pepatah usaha tangga kejayaan!
Namun ketika ditanya pengikut
sama ada beliau mendapat keropok lekor tersebut secara percuma, Dr Amalina
menafikan dan memberitahu dia membeli dengan harga hampir RM60.
“Taklah free of charge (FOC), about 11 pound sterling per pack, (RM57.94), 6 pieces per pack,” tulisnya yang membalas pertanyaan pengikut dalam Twitter.
Alamak mahalnya...tapi
dah teringin apa salahnya membeli.
Selamat Hari Raya Dr. Amalina!! - KitaReporters