Taman Rekreasi Agro Darau, Hulu Besut


PELUANG berkunjung ke derah Besut, Terengganu, memberi banyak pilhan kepada pelancong kerana semua tempat mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri yang mampu memberi kepuasan kepada setiap pengunjung.

Selain tempat tersohor seperti Pulau Perhentian, Bukit Keluang, Pantai Air Tawar, Bukit Dendong, Air Terjun Lata Tembakah, Lata Belatan, Gunung Tebu dan Kolam Air Panas LA kini ada satu lagi lokasi baharu yang patut dikunjungi oleh orang ramai.

Taman Rekreasi Agro Darau, Hulu Besut, satu lagi produk pelancongan yang baharu diperkenal oleh pihak berwajib yang menjanjikan kelainan bila berkunjung ke lokasi tersebut. 



Dengan berlatarbelakangkan pemandangan indah jajaran Banjaran Titiwangsa, tasik buatan manusia ia mampu memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya.

Panorama alam semula jadi di sit  mampu memikat jiwa pengunjung, apabila memijakkan kaki ke taman berkenaan.

Taman Rekreasi Agro Darau yang bernilai RM15 juta diusahakan oleh sebuah koperasi keluarga dan diwujudkan sebagai salah satu lokasi ekopelancongan terbaharu di daerah Besut.

Terletak kira-kira 103 kilometer (km) dari Kuala Terengganu dan 8.8 km dari bandar Jertih menjadi salah satu destinasi terbaik pilihan pengunjung yang inginkan kedamaian dan suasana tenteram.


Pemandangan dari udara Taman Rekreasi Agro Darau


Taman berkeluasan 4.2 hektar itu mula dibina pada 2017 di bawah seliaan Majlis Daerah Besut tetapi kini disewakan kepada koperasi keluarga dan berjaya disiapkan pada November 2021 sebelum dibuka secara berperingkat-peringkat pada Jun 2022.

Memiliki kemudahan menara tinjau, taman permainan dan gimnasium luar, selain turut menempatkan gelanggang petanque serta jeti.

Lebih menarik, ia juga mempunyai agro bazar dengan menampilkan 18 gerai menjual pelbagai jenis produk, restoran terapung

dengan menyediakan hidangan ala Thai serta dua restoran menawarkan sajian makanan berlainan iaitu secara 'shellout' serta makanan tempatan.

Taman rekreasi itu pada asalnya milik Majlis Daerah Besut (MDB) tetapi disewakan secara pajakan dalam tempoh 12 tahun kepada Koperasi Keluarga Haji Mustafa Sulong Besut Berhad (Kohafas) untuk diuruskan.


Mohd Azizi Mustafa


"Selain kemudahan sedia ada, kami turut menambah beberapa aktiviti sukan air seperti aktiviti menelusuri tasik dengan menaiki rumah bot Kohafas Cruise yang bergerak menggunakan enjin bot serta 50 biji tong untuk terapung.

"Antara sukan air lain ditawarkan seperti paddle boat, water bike dengan kadar sewa berpatutan antara RM15 hingga RM35 mengikut tempoh masa ditetapkan.

"Setiap pengunjung yang melakukan aktiviti air diwajibkan memakai jaket keselamatan," kata Pengurus Kohafas, Mohd Azizi Mustafa, 54.

Beberapa aktiviti lain turut diadakan seperti permainan 'supa dupa', kereta mainan elektrik, e-bike,  petting zoo, selain sewaan bilik seminar dan bilik mesyuarat.


Hutan yangmenghijau mengelilingi Taman Agro Darau


"Setakat ini, taman tersebut yang dikendalikan oleh sebuah koperasi keluarga menjalankan usaha sama dengan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang akan mengadakan pelbagai kursus koperasi di sini bermula bulan ini (November 2023).

"Ia juga dijadikan lokasi penganjuran Jelajah Genta Belia peringkat Daerah Besut dengan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk peluang kerjaya," katanya.

Taman ini dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 12 malam ketika cuti hujung minggu atau cuti umum dengan kehadiran pengunjung boleh mencecah lebih 1000 orang, manakala pada hari biasa bermula jam 4 petang sehingga 12 malam. 

Selain itu pada setiap Jumaat malam taman itu turut dimeriahkan dengan jualan terbuka pelbagai jenis makanan dan pakaian oleh peniaga-peniaga kecil


aneka barngan dijul pad awaktu malam


Aktiviti jualan pada waktu malam


"Kami dalam perancangan menjenamakan semula Taman Rekreasi Agro Darau iini kepada Taman Kohafas Agro Darau secara berperingkat-peringkat.

"Antara beberapa perancangan terdekat ialah membina resort terapung berkonsepkan satu rakit mempunyai dua buah chalet, kedai terapung bagi memudahkan pengunjung melakukan aktiviti air membeli ketika berada atas air," katanya.

Juga memajukan sebuah pulau dikenali Pulau Semangat yang berada di tengah-tengah tasik dan dulu pernah dijadikan lokasi Kem Bina Semangat sebelum terbengkalai sejak tahun 2000.

Laluan melalui jalan tasik dan darat akan disediakan kepada pengunjung yang ingin memancing di kolam pancing ikan masin Kohafas terletak bersebelahan tasik.

Mohd Azizi berkata, beliau mula memajukan taman tersebut awal tahun 2023 dengan kaedah pajakan dari MDB secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kewangan koperasi.


Tempat permainan untuk kanak-kanak


Majlis Perasmian Taman Kohafas Agro Darau telah sempurna oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Amran Abd Kadir, yang mewakili Pengerusi Eksekutif SKM pada 30 September 2023.

Ketika ini, taman tersebut mempunyai pelbagai kemudahan untuk pelancong beriadah antaranya Kawasan kolam pancing, tapak kem bagi aktiviti sukan lasak termasuk menunggang ATV dalam hutan.

Taman Rekreasi Agro Darau terletak di laluan utama Jertih ke Keruak yang juga mempunyai pusat pelancongan terkenal termasuk Hutan Lipur Lata Tembakah, Lata Kolam Air Deru Ecopark dan LA Hot Spring. 

"Rumah bot dengan kapasiti muatan penumpang maksimum 45 orang tetapi untuk keselamatan kita hadkan kepada 25 orang bagi satu trip perjalanan dua hala mengambil masa kira-kira 45 minit," katanya.

Katanya, rumah bot ini hanya menggunakan satu enjin saja kerana tidak bergerak laju selain memastikan penumpang dapat menikmati pemandangan tasik secara santai serta merehatkan fikiran. - KitaReporters



18
13
2
15
0

Copy Link: