Apabila ada aduan daripada orang ramai mengenai makanan yang dipesan mereka sangat mengecewakan atau mengejutkan, terkadang terfikir dalam benak, adakah cerita itu benar atau sengaja direka

Seorang netizen wanita di Filipina memuat naik satu pengalamannya yang sungguh mengejutkannya, ayam goreng rangup yang dipesan melalui khidmat Grab, tetapi yang diterima adalah benda lain yang tidak masuk akal.

Yang diterima bukannya makanan tetapi benda tidak boleh dimakan hatta tidak boleh digigit atau dikunyah pun, kerana tidak boleh putus. Apabila dirobek `makanan` itu sebenarnya adalah tuala pengelap!


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ayam goreng

Apabila dirobek, ini yang kelihatan. Tuala goreng `rangup' yang bukan saja tak rangup tapi tak boleh digigit pun. - Kredit foto - FB Alique Marie


"Sesuatu mengecewakan saya baru-baru ini. Kami pesan melalui grab untuk anak saya, apabila digigit, tak nak putus," ujar Alique Marie

Apabila dirobek, rupa-rupanya yang berkeadaan seperti ayam goreng celup tepung rangup itu sebenarnya adalah sekeping tuala warna biru celup tepung yang digoreng," tulis wanita itu di Facebook (FB)nya. Dia memesan ayam itu di sebuah restoran, yang dihantar kepadanya melalui perkhidmatan Grab.



"Terganggu betul, bagaimana awak boleh memasukkan tuala ke dalam adunan dan menggorengnya?" Soal beliau yang turut memuat naik gambar dan video yang menunjukkan tuala goreng berkenaan dalam Facebook (FB).

"Selalunya saya sangkakan aduan pelik-pelik mengenai makanan yang dipesan yang selalu saya dengar hanyalah rekaan semata-mata, sekarang saya tahu ia benar-benar berlaku! Sangat jijik dan memalukan. Dan ini adalah yang paling teruk," tambahnya sambil membayangkan bagaimana agaknya perasaan pelanggan lain yang menjadi mangsa menikmati ayam yang digoreng dalam minyak yang sama dengan tuala goreng itu.

"Tentunya tuala (pengelap) itu telah mencemarkan keseluruhan minyak dan entah berapa ramai yang terkena, menjadi mangsa," lanjutnya.



Apa perasaan jika ini berlaku kepada anda? Mesti terfikir-fikir mengapa boleh terjadi begitu, adakah tuala berkenaan terjatuh ke dalam adunan tepung tanpa disedari, atau ada kakitangan yang sengaja melakukannya untuk tujuan tertentu? Tidakkah pekerja itu sedar yang dia telah memasukkan tuala ke dalam minyak sewaktu menggoreng?

Muat naik FB wanita itu telah dikongsi hampir 80,000 kali, tidak pasti sama ada wanita berkenaan membuat aduan rasmi mengenai hal itu dan apakah tindakan yang telah diambil, lapor berita Online Newsweek bertarikh 6 june 2021. 



Tulisan dan gambar yang dimuat naik oleh pelanggan terbabit dalam FB. - Kredit foto - FB Alique Marie


Dalam satu kenyataan restoran berkenaan, Jolllibee memberitahu Newsweek, bahawa cawangan kedai tempat wanita itu memesan makanan telah ditutup selama tiga hari untuk tujuan pemeriksaan.

"Kami sangat mengambil berat dan telah melakukan pemeriksaan teliti mengenai kejadian itu dan telah menghantar peringatan kepada semua kedai rangkaian ini supaya memastikan pematuhan ketat terhadap sistem penyediaan makanan Jollibee." - KitaReporters


Sumber:

https://www.newsweek.com/jollibee-towel-deep-fried-chicken-philippines-1596863

14
8
1
14
2

Copy Link: