BEBERAPA hari lalu ikan singge @ sup ikan ala Kelantan menjadi topik hangat dalam media sosial. Satu ada seorang pengkaji itu 'buka' topik bahawa ikan singgang @ ikan singge boleh dijadikan penawar penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19. : KitaReporters.com.


Tiba-tiba timbul pula cerita lebih hangat daripada menu ikan singgang ini. 

Ada seorang doktor yang biasa menulis di FB-nya perihal kesihatan macam 'marah' dan 'kecam' bila wartawan mengemukakan soalan ikan singgang itu betul ke boleh dijadikan penawar Covid-19?

Dia fikir wartawan ini 'bodoh' dan 'bendul' menanyakan soalan 'bodoh' yang sepatutnya wartawan itu faham dan buat andaian sendirilah.

Salah satu sebab soalan yang dianggap 'bodoh' oleh doktor perlu ditanya adalah wartawan perlu mendapat pengesahan pakar perubatan sebagai bukti kukuh mengenai menu itu. 

Seorang wartawan tidak boleh menulis saja-saja sesuatu topik, waima pasal makanan kerana ia membabitkan etika kewartawanan.

Bayangkan jika tiada bukti pengesahan daripada pihak berkuasa dan sebarang 'penipuan' penulisan boleh menimbulkan masalah kepada orang ramai terutama jika ada yang fanatik dan percaya apa ia boleh mengubati sesuatu penyakit khususnya wabak Covid-19 yang belum ditemui penawarnya lagi dan sangat berbahaya menimpa seluruh umat dunia.

Apapun, ikan singgang atau sup ikan ini memang makanan tradisi orang Kelantan terutama orang kampung kerana ia mudah disajikan dan bahan-bahan yang digunakan pun mudah diperolehi dari sekitar rumah. 

Jom kita cuba masak dan selamat menikmati ikan singge.

Bahan-bahan :

  • Ikan, apapun jenis ikan semua boleh dimasak. Kecuali ikan tongkol, ia perlu direbus terlebih dahulu dengan asam dan garam.
  • Lengkuas
  • Cili padi
  • Bawang putih dihiris atau tumbuk
  • Bawang jeruk (jika ada)
  • Asam keping
  • Bawang besar sebagai hiasan
  • Cili hijau
  • Tomato (pilihan)
  • Bendi (apa saja sayuran sebagai pilihan)
  • Garam, gula, kuib ikan bilis dan serbuk lada putih

Cara memasaknya:

1. Panaskan air dalam periuk. Tunggu hingga ia betul-betul menggelegak.

2. Masukkan lengkuas, bawang putih dan asam keping masak hingga menggelegak dalam 10 hingga 15 minit. Ini untuk membuatkkan semua bahan asas itu menjadi sebati dan 'turun' rasa dalam periuk.

3. Rahsia sedapnya singge Kelantan adalah budu! Masukkan sesudu budu dalam air rebusan 

4. Masukkan hirisan bawang besar, tomato, cili hijau, cili merah dan bawang jeruk. Semua bahan ini boleh dijadikan 'ulam' bila makan dengan nasi.

5. Masukkan ikan segar dan bendi

6. Masukkan garam, serbuk perasa, kuib ikan bilis dan gula jika suka.

7. Jangan lupa masukkan juga serbuk lada putih.

8. Siap dan makan dengan semua ikan, ulam itu dicicah dengan budu yang dipenyek cili dari ikan singge tu.

Selamat mencuba dan makan ikan singgang @ ikan singge. - KitaReporters

2
0
0
0
1

Copy Link: