Sedapnya! Sup ikan koi! Kerana tak mahu membazir wanita jadikan ikan koi sebagai masakan sup!
Published byMENGUKUR panjang ikan koi berkenaan sebelum dicuci untuk dijadikan hidangan sup. - Kredit foto: Facebook Amanda Omeychua.
Kita sering melihat ikan koi bebas bergerak di kolam sebagai ikan hiasan di kediaman, namun penjagaannya sangatlah sensitif dan memerlukan penjagaan yang teliti.
Tapi pernah anda menyaksikan ikan hiasan itu djadikan hidangan? Mesti pelik kan sebabnya seekor ikan itu adalah sangat bernilai dan hanya sesuai untuk dijadikan ikan peliharaan.
Tapi jangan terkejut kerana seorang wanita membuktikan ikan hiasan itu sebenarnya boleh dimakan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan ikan koi:
https://kitareporters.com/search?search=ikan+koi
SIAP dibersihkan dan sedia dimasukkan ke periuk sebelum dimasukkan rempah untuk dijadikan sup ikan.
Perkongsian berkenaan amat mengejutkan itu didedahkan oleh Amanda Omeychua yang berkongsi beberapa gambar yang dimuat naik dalam Facebook miliknya baru-baru ini.
Lebih mengejutkan apabila Amanda menunjukkan proses penyediaan untuk membuat sup menggunakan ikan koi peliharaannya sendiri.
Katanya lagi, 20 ekor ikan peliharaannya mati akibat
kecuaian pembantu rumah namun disebabkan tidak mahu membazir dia terus membuat
keputusan untuk menjadikan ikan itu sebagai sup kerana masih segar.
Alahaiii… tak pasal-pasal mati ikan hiasan tu dahla ikan tu mahal.
Perkongsian lain daripada yang lain itu dimuat naik dalam Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni.
SIAP... Sup ikan koi sedia untuk dihidangkan.
Dalam masa sama, Amanda turut menunjukkan proses untuk
menyediakan sup ikan berkenaan yang dimulakan dengan mengukur panjang ikan,
memotong ikan, sehinggalah ikan yang telah dipotong dan dimasukkan ke dalam
satu periuk besar untuk dimasak menjadi sup.
Malah dengan selamba Amanda memberitahu rasa ikan koi
itu menyerupai ikan patin.
“Resipi turun termurun hidangan diraja rasa
(seperti) ikan patin,” tulisnya dalam kiriman Facebooknya.
Kiriman berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada
netizen yang majoritinya mengaku tidak sanggup menjamah hidangan berkenaan
kerana dibela sendiri.
Malah ada juga yang berkongsi pengalaman merasai
kenikmatan ikan ‘mahal’ tersebut.
Inilah dikatakan citarasa kita berbeza! Camne ye rasanya! Teringin nak rasa juga. - KitaReporters