Video| Yey! Sudah ada bufet Ramadan! Rasai Selera Kampung di Glenmarie! Aneka pilihan masakan!

Published by
KitaReporters


Daging Tetel (gambar atas) dan kambing golek (gambar bawah). - Kredit foto-foto: Rashidah Ibrahim


RAMADAN kali ini disambut oleh rakyat Malaysia dengan keterujaan apabila mereka sudah dibenar untuk makan di luar.

Berbuka puasa bersama keluarga dan rakan taulan di luar, khususnya di restoran dan hotel menjadi amalan sejak lama dulu. Bukan hanya umat Islam yang memenuhi tempat tempat makan sewaktu berbuka puasa, malah kaum lain turut tidak ketinggalan hadir sama menikmati makanan bufet yang disediakan sempena bulan puasa.

Selepas dua kali Ramadan kita tidak dapat menikmati keseronokan makan berbuka di luar berikutan langkah pencegahan Covid-19 yang ketat sejak dua tahun lalu, kali ini masing-masing teruja apabila sudah dibenar makan di restoran dan hotel dalam acara bufet Ramadan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan bufet


Bukan sahaja untuk makan sendiri mahupun bersama ahli keluarga, pada bulan penuh berkat ini, rakyat Malaysia cenderung menempah makanan bufet Ramadan untuk rakan dan juga pelanggan perniagaan masing-masing, tanpa mengira kaum. Pelbagai restoran serta hotel menawarkan pelbagai pilihan menu berbuka sempena Ramadan. 

Glenmarie Hotel & Golf Resort kali ini menawarkan masakan tradisional Malaysia dari 3 April hingga 2 Mei 2022, dengan tema bufet “Selera Kampung” di Kites Restaurant, bersebelahan kolam renang hotel. Aneka resipi disediakan sepanjang bulan yang mulia ini untuk nikmati bersama famili dan rakan-rakan dari jam 7pm-10pm.


Rendang daging - Kredit foto: Rashidah Ibrahim

Menariknya sebanyak 13 masakan istimewa autentik asli Malaysia dalam menu utama, dari setiap negeri meliputi daging salai masak lemak cili padi, asam pedas ikan pari Melaka, ikan patin masak tempoyak Pahang. Tidak ketinggalan kari kepala ikan Pulau Pinang, rendang ayam Minang, ayam percik, singgang daging Kelantan dan dalca daging tetel.

Pelbagai menu bertemakan Selera Kampung dihidangkan oleh Glenmarie Hotel & Golf Resort secara bergilir-gilir dengan lebih 88 jenis masakan, yang disediakan di stesen memasak secara langsung.


Antara pilihan masakan Kerabu - Kredit foto: Rashidah Ibrahim

Baucer bufet “Selera Kampung” berharga RM108++ bagi setiap dewasa. Yang membeli baucar Early Bird sebelum 27 Mac 2022 baru-baru ini, ditawarkan harga RM85 ++. Baucar bufet untuk kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun ialah RM58++ dan kanak-kanak di bawah empat tahun, percuma.

Menariknya, tempat letak kereta diberi percuma kepada pelanggan yang bernasib baik. Surau untuk tetamu Muslim yang ingin menunaikan solat fardu turut disediakan.


Lemang - Kredit Foto Rashidah Ibrahim

Dengan tema Selera Kampung, penyediaan makanan mengingatkan kepada masakan di rumah. Menu signature adalah adalah 13 hidangan istimewa asli Malaysia.

Rindu dengan masakan selera kampung apa lagi di sinilah tempatnya, di Kites Restaurant @ Restoran Layang-Layang, Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam. - KitaReporters


Sudut masakan panggang - Kredit foto: Rashidah Ibrahim

11
7
0
12
0

Copy Link: