Video| Jom gi Ganu boh! Ada Festival Kebudayaan Terengganu! Ada 20 pakej menarik! 3 hari 2 malam!
Published byKIRA-KIRA 50,000 pengunjung dijangka membanjiri Festival Kebudayaan Terengganu sepanjang 10 hari penganjurannya hingga Sabtu, 30 Oktober 2021, yang berlangsung bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian dan warisan negeri Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, penganjuran inisiatif berkenaan dalam masa sama dapat memulih dan merancakkan kembali industri pelancongan negeri.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan keunikan dan kecantikan negeri Terengganu
Pulau Kapas antara destinasi pelancongan menarik di Terengganu
“Tahun ini festival diadakan di lima lokasi berbeza dan kita menyasarkan seramai 24,000 orang berkunjung ke pusat beli-belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall diikuti masing-masing 7,500 orang di Kampung Budaya Terengganu dan Paya Bunga (PB) Square & Hotel.
“Di Duyung Marina Hotel pula sasaran pengunjung adalah seramai 6,000 orang manakala Taman Tamadun Islam (5,000 orang),Katanya yang melancarkan video travelog Beautiful Terengganu.
Menerusi program video berkenaan, sebanyak 20 pakej pelancongan tiga hari dua malam di samping 20 cadangan perjalanan dan destinasi pelancongan di negeri ini diperkenalkan kepada pelancong.
Katanya, jika dahulu orang tanya bila datang nak pergi mana? Jadi kita bagi lebih daripada dua puluh pilihan.
“Ada pakej tiga hari dua malam, satu hari dua malam dan dua hari semalam. Jadi mereka boleh pilih sebenarnya tempat-tempat yang sesuai untuk dilawati,”katanya lagi.
"Jika mereka hendak pergi Besut ada, Kuala Terengganu ada, Kuala Nerus ada, pulau ada, pantai ada, di pedalaman ada, Kenyir pun ada. Macam-macam pilihan pakej yang ada.
"Harga yang ditawarkan amat berpatutan mengikut pakej dan boleh dirunding,"ujarnya. - KitaReporters