DI SEBALIK musibah yang berlaku, pasti ada hikmah tersembunyi namun sebagai insan, kita perlu menempuh dugaan berkenaan dengan hati terbuka. Begitulah senario yang dihadapi masyarakat hari ini apabila dilanda masalah termasuk musibah COVID-19 di negara kita yang menyebabkan ada yang kehilangan pekerjaan. : KitaReporters

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK menerima acar buah yang dihasilkan oleh Wan Nor Azah Wan Chik di kediaman, baru-baru ini. - Kredit foto: FB Najib Razak.


Namun kelangsungan hidup perlu diteruskan kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang umat-Nya melainkan dia sendiri yang berusaha. 

Kisah sama turut dilalui Wan Norazah Wan Chik yang kehilangan pekerjaan, namun tidak menyerah kalah sebalik terus menggunakan kebolehan yang dimiliki.

Dia yang sebelum ini bertugas sebagai penolong pengarang berita akhbar Utusan Malaysia dengan Utusan Melayu (M) Berhad terpaksa meninggalkan kerjaya yang disandang kira-kira 20 tahun berikutan syarikat mengecilkan operasi pada 2018.

Ibu kepada tiga cahaya itu tidak betah di rumah sebaliknya menggunakan kebolehan diri memasak acar buah dan dijual secara kecil-kecilan.

PEMBUKA selera... acar buah boleh dimakan bersama nasi putih atau beriani.


Kesungguhan tersebut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggemari acar buah berkenaan.

Malah beliau turut memuat naik foto acar buah yang dihasilkan Azah dalam laman Facebook miliknya.

Najib dalam masa sama, turut memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang berdepan musibah agar tidak mudah putus asa. 


“Saudari Wan Norazah, antara wartawan Utusan yang hilang pekerjaan dan pendapatan apabila akhbar Utusan Malaysia ditutup penerbitannya. 

"Tapi beliau menggunakan kebolehannya membuat acar buah, dijual secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan jiran.

"Alhamdulillah sekurang-kurangnya pintu rezeki untuknya masih terbuka.

"Saya percaya ramai lagi antara mereka yang hilang pekerjaan, berusaha pelbagai cara untuk mencari rezeki. 

"Mungkin ada yang berjaya dan ada yang perlu meningkatkan lagi usaha.

"Pasal acar buah ni, memang kegemaran saya, makan dengan beriani atau nasi putih sahaja pun sedap.

"Boleh la rasa masa berbuka puasa petang nanti.

"Semoga kesungguhan wanita cekal itu membuah hasil dan menjadi usahawan wanita berjaya suatu hari nanti.

Tahniah kak Azah!"


Sementara itu, Azah yang terharu dengan sokongan bekas Perdana Menteri keenam yang menyokong usahanya berniaga secara kecil-kecilan.

“Masya-Allah... Subhanallah... Terima kasih Datuk Seri. Terharunya.

"Tak sangka DSN nak up pasal acar ni,” coret Azah dalam akaun Facebook miliknya.

Dia menerusi Facebook miliknya, tidak menyangka pertemuan tersebut akan dimuat naik dialam laman sosial dan pemberian tersebut dijadikan hidangan berbuka puasa.

Mereka yang berminat dengan air tangan Azah boleh membuat tempahan dalam Facebook miliknya atau menghubungi terus melalui talian 012-6901469. - KitaReporters. 

 



 

 

14
3
0
0
0

Copy Link: