Nur Harfiza yakin jualan produk Kitchen Saver mampu meningkat naik dengan pengaruh selebriti serta pensohor media sosial. 


SEKARANG ini tiada lagi alasan untuk mengatakan anda tidak pandai memasak kerana semua itu bergantung kepada diri sendiri, sama ada rajin atau malas. Boleh dikatakan setiap produk masakan yang berada di pasaran akan disertakan cara-cara memasak di belakang bungkusannya.

Pada yang baru nak belajar memasak, rajin-rajinlah turun ke dapur kerana bila sudah mahir, semua menu nak dicuba. Malah dengan memasak juga anda boleh meraih pendapatan sampingan, jika video masakan anda yang dimuat naik dalam YouTube menjadi tular.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masakan


Ini kerana dalam era sekarang, media sosial memainkan peranan penting sebagai platform untuk mempromosi produk mahupun bakat seseorang jika diguna dengan betul. 

Selain itu, promosi produk akan menjadi bertambah padu jika model yang diguna terdiri daripada kalangan selebriti popular yang mempunyai pengikut ramai

Seiring dengan perkembangan teknologi, Anggun Lufya Empire Sdn. Bhd., syarikat produk bahan kisar kasar makanan memasarkan jenama mereka, Kitchen Saver menerusi kaedah tersebut. 

Pengarahnya, Nur Harfiza Hashim, 33, percaya akan pengaruh figura selebriti, blogger dan pensohor media sosial (influencer) dapat membantu meningkatkan jualan produk Kitchen Saver.


Selebriti yang dipilih untuk mempromosi produk Kitchen Saver seperti Zara Zya memang pandai masak.


“Saya yakin pengaruh golongan yang dikenali pasti dapat membantu ejen-ejen untuk meluaskan lagi pasaran mereka. Bukan mudah untuk mendapatkan khidmat mereka yang popular terutama selebriti tapi demi untuk memperkenalkan Kitchen Saver, pihak kami sentiasa berusaha mendekati mereka.

“Setelah berbulan-bulan akur dengan SOP (Prosedur Operasi Standard) dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang ditetapkan, kini masanya untuk kami mencipta kelainan dan cara-cara inovatif untuk orang ramai lebih mengenali produk kami dan memasak di dapur,” katanya tentang strategi pemasaran Kitchen Saver yang menempatkan ejen di seluruh negara.


Instagram Ashry, penuh dengan video masakan yang mudah untuk dicuba oleh sesiapa saja.


Tambah Nur Harfiza, sebagai permulaan, baru-baru ini Kitchen Saver berbesar hati apabila pelakon popular, Zara Zya sudi untuk memasak menu Kari Daging Rebung menggunakan produk mereka.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagramnya (@zarazya), Zara menjelaskan produk Kitchen Saver yang digunakan mudah untuk memasak dan tekstur bahan tersebut berbeza dengan pasaran luar.

Serentak dengan itu juga, para blogger dan pensohor media sosial turut memberikan ulasan mereka. 

Bagi Ashry yang popular dalam laman Instagram (@ashhryyyyyy) dalam bidang memasak, berpuas hati dengan bahan-bahan kisar yang diguna untuk produk Kitchen Saver kerana asli. Beliau turut mencadangkan kepada mereka yang malas atau tidak berkesempatan untuk memotong bawang dan sebagainya, supaya dapatkan produk Kitchen Saver. 

Teruja dengan ulasan yang diberikan secara kreatif, Harfiza yang mewakili Kitchen Saver berasa terharu apabila mereka memberikan maklum balas yang positif terutama memudahkan tugasan memasak di dapur.


Ini antara bahan yang diguna oleh Ashry untuk resipi Otak Lembu Masak Sup Pekat.


Produk Kitchen Saver mula berada di pasaran sejak April 2020 dan mempunyai sembilan asas bahan kisar kasar iaitu Bawang Putih Kisar, Bawang Holland Kisar, Bawang Besar Kisar, Kunyit Kisar, Lengkuas Kisar, Serai Kisar, Cili Padi Kisar, Cili Kering Kisar dan Halia Kisar. Setiap botol produk Kitchen Saver nilai RM18.

Selaku jenama bahan mentah kisar kasar yang pertama di Malaysia, Kitchen Saver terus kekal berinovasi dengan mengutamakan kualiti produk untuk terus mendapat kepercayaan pelanggan-pelanggan. 

Justeru itu, selain diiktiraf Halal dan menerima khidmat nasihat serta bekalan bahan mentah dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kitchen Saver turut menerima dorongan daripada pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

“Ramai juga tertanya, boleh pergi jauh ke produk ini atau berapa lama boleh tahan? 

Itulah Kitchen Saver, kerana produk kami mampu bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam ruang simpanan biasa peti ais manakala jika disimpan di dalam tempat beku ia mampu bertahan selama setahun.

“Malah untuk menarik perhatian para pelanggan, kemasan pada botol produk kami juga direka khas mengikut tema tertentu khususnya hari perayaan. Dalam pada itu, syarikat kami ini juga bakal memperkenalkan tiga lagi bahan mentah masakan dalam waktu terdekat ini. 


Nur Harfiza mula menjual Kitchen Saver sejak April 2020.


“Untuk menjualnya secara komersial, kami sentiasa mengutamakan kebersihan dan kualiti produk. Disebabkan itu, saya selalu menegaskan kepada ejen-ejen agar menitikberatkan bahawa produk Kitchen Saver tanpa 3P; pengawet, pewarna dan perisa.

"Alhamdulillah setakat ini, segala bahan yang digunakan termasuk air mentah akan dihantar terlebih dahulu kepada pihak MARDI untuk pemeriksaan dan kelulusan. Malah pekerja kami yang menguruskan produk juga telah mendapat suntikan tifoid (typhoid),” kata Harfiza.

Bagi membuktikan ulasan yang dibuat oleh figura yang dipilih oleh Kitchen Saver berkata benar, Harfiza turut mengalu-alukan orang ramai untuk mencuba sendiri aneka produk mereka dan menjadikan ia sebagai bahan wajib ada di rumah. Dengan Kitchen Saver, masak secara moden, rasa seperti tradisional!

Jelasnya, Kitchen Saver, keluaran Anggun Lufya Empire, merupakan syarikat pembekal bahan tumis masakan yang mempunyai lebih 200 ejen di seluruh semenanjung Malaysia. Mempunyai sebuah kilang yang terletak di Wangsa Maju, Selangor yang telah dikategorikan A dari aspek kebersihan. 

Malah, syarikat ini turut berbangga menjadi pengendali pertama yang menyediakan bahan kisar kasar di Malaysia. 

Semua produk mereka, Kitchen Saver memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Manakala setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009. - KitaReporters


Antara produk Kitchen Saver yang mudah diguna sewaktu memasak.

10
5
0
18
0

Copy Link: