SIAPA sahaja tidak mengenali selebriti media sosial Khairulaming yang cukup popular dengan pelbagai jenis juadah yang cukup ringkas dan senang untuk diikuti buat kita semua.

Pada bulan Januari 2021 sahaja, Khairulaming telah berjaya menjual produk sambal jenamanya sendiri iaitu Sambal Nyet dan mencatatkan jualan 10,000 botol dalam tempoh 54 minit, pada hari pertama pelancarannya.

Namun di sebalik kejayaan yang dicapai oleh Khairulaming, atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman, terdapat juga kesukaran yang perlu ditempuhnya sewaktu mempromosikan sambal ini pada tahun 2017.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sambal:

https://kitareporters.com/search?search=sambal




Khairulaming memberitahu bahawa beliau adalah penjual sambal sejak tahun 2017, tetapi sambalnya sebelum ini tidak laku menyebabkan beliau terpaksa menghentikan pengeluaran sambal tersebut.

Apa yang beliau lakukan adalah pada mulanya cuba menjual lebih dari 200 botol sambal dalam Facebook page dan penjualannya laris.



Tetapi untuk batch pertama banyak botol sambal pecah kerana cara yang digunakan salah dalam menyimpan sambal dengan cara betul.




Oleh kerana kesilapan pertama yang dilakukan, beliau memilih untuk mengembalikan duit para pelanggan dan bangkit untuk mempelajari cara-cara memastikan sambal tahan lebih lama serta memilih untuk menggunakan botol kaca.

Sekali lagi beliau diuji apabila logaritma Facebook dikatakan berubah membuatkan video beliau tidak lagi ditonton ramai sehinggakan tidak ada pelanggan yang mahu mendapatkan Sambal King. 

Beliau seterusnya memilih untuk menjual semula segala kelengkapan memasak serta tekad untuk membangunkan personal branding menerusi akaun Instagram beliau sendiri.



Oleh kerana itu beliau nekad dengan usahanya sendiri selama 4 tahun membuat video masakan menampilkan mukanya tanpa rasa malu sehingga berjaya mengumpul lebih 2.8 juta pengikut dalam Instagram.



Beliau yang dikenali ramai dalam Instagram dengan pelbagai juadah yang sangat mudah dimasak terus cekal memperjuangkan idea lama (Sambal King) dengan memperkenalkan Sambal Nyet.

Selebriti media sosial ini juga meluahkan rasa terharu apabila 10,000 botol ‘Sambal Nyet’ telah berjaya dijual sebaik sahaja dia melancarkan produk itu semula. Dia juga berjaya mengambil semula pekerja bagi meneruskan perniagaan yang diusahakan semula ini.




Rezeki memang tidak pernah salah alamat. Berkat usaha Khairulaming yang selama 4 tahun membuahkan hasil dengan kerja keras beliau dan tak pernah kenal erti mengalah.

Ingat nak senang itu bukan mudah, semuanya perlukan usaha. Tahniah buat Khairulaming kerana tak pernah kenal erti putus asa dalam memperjuangkan sambalnya.

Kini Sambal Nyet dinanti-nanti oleh semua netizen setiap kali ditawarkan di Shopee. Siapa lambat tempah memang tak dapatlah sambalnya. - KitaReporters


3
4
0
1
0

Copy Link: