Jom ke Gua Lepak! Tersembunyi di dalam gua ada hidangan lazat! Berpusu-pusu datang selepas viral!
Published byGua Lepak, di Batu Caves, Selangor. - Facebook Gua Lepak.
Kewujudan gua batu kapur di Malaysia, bukan sahaja menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara untuk dikunjungi tetapi kini mula menjadi tempat atau ‘port’ lepak menjamu selera.
Orang kita cukup kreatif melakukan pengubahsuaian sesuatu perkara atau tempat (gua) untuk menarik tumpuan orang ramai datang singgah atau berkunjung.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Selera & Santai
Sesiapa yang pernah bertandang di Ipoh, Perak, pastinya mereka pernah mendengar dan sampai serta menjejakkan kaki ke sebuah restoran di dalam gua yang dikenali sebagai Jeff’s Cellar milik The Banjaran Hot Springs yang pertama di negara ini.
Restoran yang dianggap unik atu ‘rare’ seperti Jeff’s Cellar itu, kini telah muncul pula di Batu Caves, Selangor diberi nama ‘Gua Lepak’.
Sebahagian daripada pelanggan yang hadir di kedai makan Gua Lepak. - Facebook Gua Lepak.
Sejak tular 2 Mac 2023 dalam media sosial baru-baru ini, ia kini menjadi sasaran golongan ‘food hunter’ atau ‘food lover’ untuk mencuba dan merasai hidangan aneka makanan panas termasuk masakan ala Barat dalam suasana indah dan damai di dalam gua yang sebenar.
Apa yang paling menakjubkan ialah kedai makan ini berada di dalam gua batu kapur yang dikatakan telah berusia 400 juta tahun lalu; dan seolah-olah kita berada di zaman batu.
Sebanyak 14 buah gerai-gerai kecil di dalam restoran tersebut. - Facebook Gua Lepak.
Selain daripada keunikan lokasi dan dekorasi restoran atau kedai makan yang menarik, terdapat 14 buah gerai-gerai kecil di dalam restoran tersebut dengan sajian menu-menu istimewa.
Restoran ini juga turut menawarkan beberapa kemudahan seperti WiFi, kawasan parkir percuma dan tandas.
Pihak pengurusan restoran tersebut turut mencadangkan orang ramai supaya mereka hadir pada hari-hari biasa kerana kebiasaannya hujung minggu pasti akan padat dengan ramai orang. – KitaReporters
Sumber:
Facebook Gualepak
Facebook Asal Gombak
https://www.thevocket.com/tawar-pengalaman-makan-dalam-gua-restoran-di-batu-caves-ini-diserbu-ramai-selepas-viral-di-media-sosial/
https://murai.my/2020/85960/wow-jeffs-cellar-tampil-dengan-konsep-makan-dalam-gua/