GOTONG-ROYONG memasak bubur asyura sememangnya cukup sinomim dengan masyarakat di negara ini apabila tibanya  bulan Muharam dan tidak terkecuali juga bagi daerah Hulu Terengganu. Meskipun dalam suasana norma baharu, tradisi lama ini tetap diteruskan dan kemeriahannya masih dirasai. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan bubur:

https://kitareporters.com/search?search=bubur


Pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pengurusan masjid serta komuniti kampung berganding bahu memasak bubur asyura sebagai menghidupkan tradisi bulan Muharam, sekali gus mengeratkan silalturahim antara satu sama lain.

Malah, bagi memeriahkan lagi program diadakan ada dalam kalangan mereka tampil dengan konsep tertentu seperti tradsional kain batik serta mengadakan pertandingan yang menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pemenang.

Antaranya, inisiatif dilaksanakan Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) pada Khamis, 10 September 2020 yang melibatkan pertandingan antara rumah iaitu Kuning, Hijau, Biru dan Merah.

Rumah Kuning muncul juara pada pertandingan memasak bubur asyura anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi MDHT, di Kuala Berang, Hulu Terengganu. 


Penolong Setiausaha kelab berkenaan, Zaki Ismail berkata sebanyak empat periuk besar bubur asyura disediakan pada program berkenaan yang mewakili setiap rumah dengan jumlah kakitangan di antara 35 hingga 38 orang.

“Kelab memperuntukkan RM600 bagi setiap rumah bagi program kali ini.  Gotong-royong memasak bubur asyura berbentuk pertandingan sebegini kali kedua kita adakan selepas tahun 2015 lalu bertujuan bangkitkan semangat kerjasama serta berpasukan kepada semua kakitangan.

“Tahun-tahun sebelum ini kita sekadar adakan aktiviti begini sahaja tanpa sebarang pertandingan. Meskipun dalam suasana norma baharu, kita tidak mahu ketinggalan untuk meneruskan tradisi gotong-royong memasak bubur asyura ini. 

“Juara pertandingan kali ini milik pasukan Rumah Kuning yang menerima wang tunai RM200, manakala naib juara Rumah Hijau dan tempat ketiga Rumah Biru dengan masing-masing mendapat RM150 serta RM100,” katanya kepada KitaReporters.

Tambah Zaki yang juga Pengerusi Biro Sukan MDHT, Yang Dipertua MDHT Wan Mohd Mashyun Wan Harunjan turut bertindak sebagai salah seorang barisan juri bagi menentukan pemenang pertandingan memasak bubur asyura berkenaan.

Setiap ahli pasukan tampil dengan imej tersendiri bagi memeriahkan lagi program memasak bubur asyura. 



Sementara itu, bertempat di Kampung Tok Bintang, Hulu Terengganu pada 5 September 2020 lalu, NGO Team Ngukah Walk Fit Hulu Terengganu tidak ketinggalan meneruskan tradisi yang dimulakan mereka sejak tahun lalu (2019).

Team Ngukah Walk Fit Hulu Terengganu tidak ketinggalan mengadakan program gotong royong memasak bubur asyura pada tahun ini. 


Timbalan Pengerusinya, Tengku Zaleha Tg Wahid berkata bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemic COVID-19 dipatuhi pihaknya cuma menyediakan sekawah bubur asyura pada kali ini berbanding dua kawah sebelum ini.

Katanya lagi, selain diagihkan kepada ahli yang menjadi tulang belakang NGO berkenaan, bubur asyura berkenaan turut diberikan kepada pihak serta individu banyak membantu mereka menjayakan pelbagai aktiviti sebelum ini. - KitaReporters

Program Gotong-royong Memasak Bubur Asyura di Kampung Bukit Acheh, Hulu Terengganu. 

0
2
0
0
0

Copy Link: