Nantikan! Kuih tart Harumanis! Kek jem Harumanis! MB Perlis lancarkan Kuih Raya Edisi Khas Harumanis!

Published by
KitaReporters

Harumanis tarikan utama negeri Perlis.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli melancarkan Kuih Raya Edisi Khas Harumanis di Kafe Ar-Rehlah di Pusat Agro Pelancongan Bukit Temiang, Perlis pada 25 Februari 2025 lalu.

Inisiatif ini menandakan satu lagi kejayaan dalam memartabatkan produk tempatan yang berasaskan buah mangga Harumanis iaitu ikon kebanggaan negeri Perlis.


Antara produk Harumanis dari negeri Perlis.

Beliau ketika merasmikan produk ini melahirkan rasa bangga terhadap inovasi industri makanan tempatan yang berjaya mengangkat Harumanis ke tahap yang lebih tinggi.

"Saya berharap semua pihak akan terus menyokong produk tempatan bagi memperkasakan ekonomi usahawan kecil dan sederhana serta memperluas warisan kulinari negeri Perlis sehingga ke pasaran yang lebih luas,’ ujarnya ketika berucap pada majlis itu.


Sidang Media sempena pelancaran Kuih Raya Edisi Khas Harumanis.

Harumanis bukan sekadar buah mangga biasa tetapi ia adalah lambang keunikan Perlis.

Dengan adanya produk seperti kuih raya edisi khas ini kita dapat melihat bagaimana kreativiti dan inovasi dapat memberi nilai tambah kepada produk tempatan negeri Perlis ini.

Pelancaran Kuih Raya Edisi Khas Harumanis ini turut menarik perhatian ramai kerana ia menawarkan kepelbagaian rasa yang unik dan sesuai untuk dinikmati semasa musim perayaan nanti.

Pengunjung yang ingin mendapatkan produk ini boleh mendapatkannya di Pusat Agro Pelancongan Bukit Temiang serta beberapa lokasi terpilih di Perlis.

Moga dengan usaha berterusan dalam mempromosikan produk berasaskan Harumanis ini Perlis dijangka terus mengekalkan reputasinya sebagai negeri pengeluar mangga terbaik di Malaysia. - KitaReporters



Mohd Shukri Ramli (duduk, tengah) bergambar bersama produk di Pusat Agro Pelancongan Bukit Temiang Perlis. 

7
13
0
12
0

Copy Link: