Video| Wah! Tak tahu pula daun cili boleh dimakan! Paling sedap buat masak gulai lemak! Moh le buat!
Published byTahukah anda, masakan Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai jenis masakan berasaskan daun (sayur). Maklumlah, daun adalah sumber makanan paling banyak dan mudah didapati sejak zaman dahulu lagi. Jadi, tidak hairanlah pelbagai jenis masakan berasaskan daun dicipta.
Kebanyakan daun yang dipilih untuk dibuat masakan diambil daripada pucuknya. Ini kerana ia lebih lembut, sedap dan kurang pahit.
Antara daun-daun yang digunakan dalam masakan ialah daun ubi, keledek, labu, cemperai, kelor, kunyit, kaduk dan macam-macam lagi.
Namun, tahukah anda daun cili atau lada juga boleh dimakan! Mungkin ada yang tahu dan sebaliknya.
Perkongsian daripada food content creator popular, Adik Foods mengenai penggunaan daun cili dalam masakan menarik perhatian ramai.
Sebenarnya ramai tidak tahu daun cili boleh dimakan. Biasanya hanya buah cili sahaja yang dimakan. Menyedari hakikat itu, Adik Foods telah berkongsi resipi berasaskan daun cili.
"Daun cili boleh dimakan ke? Boleh, pucuk daun cili padi atau biasa memang boleh dimakan. Rebus dan cecah dengan sambal belacan, buat tumis, campur dalam gulai atau sup. Semuanya sedap. Paling sedap kalau runas atau petik daun cili yang ada buah cili sekali. Inilah cita rasa tradisonal sempena bulan merdeka. Moh le buat," tulisnya.
Paling menarik melihat reaksi para netizen yang kebanyakannya terkejut. Rata-rata tidak menyangka bahawa daun cili boleh dimakan.
Malah, food content creator lain juga terkejut dengan perkongsian itu. Mereka juga mahu mencuba menggunakan daun cili dalam masakan.
"Oh, boleh makan pucuk cili ya? Sedapnya! Nanti saya nak buat. Terima kasih kak Adik," tanya salah seorang food content creator.
Bukan sahaja netizen daripada Malaysia terkejut, netizen dari Indonesia juga sebegitu.
"Baru tahu kalau pucuk cabe (cili) bisa (boleh) dimakan. Salam kenal dari Indonesia,' tulisnya.
Sementara itu, seorang netizen yang pernah menetap di Sarawak berkongsi pengalaman mengenai jirannya yang gemar memetik daun cili. Menurutnya dia hairan kenapa jirannya itu berbuat demikian.
"Dulu aku tinggal di Sarawak. Depan rumah aku orang Iban tanam pokok cili. Subur-subur daunnya. Kadang-kadang pukul sembilan pagi selalu nampak dia petik cili tetapi kenapa dengan daun sekali dia petik. Punyalah hairan aku masa tu.
"Aku tanya jiran sebelah rumah, dia kata petik daun cili yang muda (pucuk) buat sayur goreng atau lemak. Barulah aku tahu. Hilang sudah hairan aku," kongsinya.
Lihat, kadang-kadang apa yang kita kongsi dalam media sosial memberi ilmu baharu kepada orang lain. Mungkin nampak kecil, tetapi impaknya sangat kuat.
Justeru, teruskan berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada orang ramai. Jangan mudah putus asa sekiranya ada segelintir netizen yang mengecam. - KitaReporters