PENULARAN wabak COVID-19 di seluruh dunia banyak meninggalkan kesan dalam kehidupan manusia bukan sahaja kesihatan terganggu malah ada yang kehilangan pekerjaan menyebabkan ramai yang terpaksa mencari peluang dengan menceburi kerjaya baharu demi untuk kelangsungan hidup keluarga. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan wartawan: 

https://kitareporters.com/search?search=wartawan


Pengalaman dan kemahiran bekerja sebelum ini mungkin tidak sama dengan kerjaya baharu, namun ia terpaksa dilakukan demi untuk mencari sumber rezeki bagi menyara hidup keluarga.

Bagi pengamal media jika sebelum ini tugasnya berhadapan dengan komputer, menggalas kamera dan terpaksa bergerak ke sana dan ke sini tanpa mengira waktu dan situasi selain menghadapi banyak cabaran dan dugaan, ia sememangnya sudah menjadi rutin kehidupan seharian.

Bagaimanapun, dua bekas petugas media di Terengganu, tidak menyesal meninggalkan kerjaya yang dianggap penuh glamor satu masa dahulu dan kini menyertai bidang baharu dengan menjalankan perniagaan kedai makan.


Imran Mahzan


Md Yassin Embong


Imran Makhzan, 60, dan Md Yassin Embong, 47, kedua-duanya bekas pekerja di New Straits Times Press (NSTP) mengubah haluan hidup dan beralih angin dengan membuka kedai makan. Imran dan Md Yassin sebelum ini memilih untuk bersara pilihan dengan syarikat media terbesar itu baharu sahaja menceburi bidang keusahawan perniagaan kedai makan.

Berpaksikan atas minat yang sama mereka berdua berkongsi modal dan tenaga untuk menjalankan perniagaan tersebut yang sebelum ini tidak pernah menjadi impian dalam hidup mereka.


Pelanggan menjamu selera Dapur Cabin Corner yang diusahakan oleh dua sahabat Media Terengganu



Selepas tidak lagi bekerja, Imran dan Md Yassin membuat keputusan untuk menjalankan peniagaan biar pun tidak besar tetapi sebagai permulaan sudah cukup sebagai langkah awal menjadi usahawan kecil.

Berbekalkan sedikit wang hasil simpanan ketika bekerja, mereka membuka kedai makan yang dinamakan “Dapur Cabin Corner”  yang terletak di Kampung Kubang Jela, Pulau Sekati, berhampiran Lebuh Raya Manir-Kuala Terengganu.


Restoran Kampung Dapur Cabin Coner


Menurut Imran, kedai tersebut yang beroperasi dari jam 11 pagi hingga 5 petang menyediakan menu istimewa ala kampung seperti sup tulang pior, lauk ikan keli berlada, ayam paprik, ikan singgang, kailan ikan masin, kari ikan kembong dan pelbagai.

Katanya, kedai tersebut baharu beroperasi tetapi ia nampaknya sudah mula mendapat sambutan dalam kalangan penduduk setempat dan paling membanggakan ramai rakan media berkunjung ke kedai berkenaan.


Sup tulang menjadi pilihan ramai pengunjung di Dapur Cabin Coner


Dengan menggunakan slogan dalam loghat Terengganu “Sedap Kabo Kawan.. Dok Sedap Kabo Kita” yang bermaksud  Jika sedap beritahu kawan-kawan lain jika tak sedap beritahu dia (Imran dan Md Yassin).

“Ketika ini sup tulang lembu adalah antara menu paling digemari dan mendapat permintaan ramai  pelanggan yang datang menjamu selera di kedai kami,” kata Md Yassin. 

Katanya, kedai makan milik mereka hanya mempunyai tiga orang pekerja seorang tukang masak perempuan dan dia bersama Imran selain menjadi pengurus juga bertindak sebagai pelayan dan pembacuh air. - KitaReporters


Pelanggan memilih menu yang disukai


28
7
1
0
2

Copy Link: