SETIAP perniagaan pasti ada cabaran terutamanya berhadapan dengan pelanggan yang cerewet dan suka memaki-hamun. Sebab itu, nak berniaga kena kuat fizikal dan mental. Maklumlah, hati dan perangai setiap orang berbeza-beza. Apatah lagi yang peniaga itu terdiri daripada artis popular. : KitaReporters


@fendybakry : Kedai buka tau hari nie.. Untuk take away & delivery sahaja.. Serbu berjemaah dekat Putra - 0143274463 jommm


Ada dua perkara yang akan berlaku apabila artis berniaga, sama ada diterima baik kerana populariti atau dikecam hebat juga kerana populariti.

Itulah yang terjadi kepada artis popular, Fendy Bakri yang mempunyai kedai makan bernama Bhenang Kitchen.

Kedai makan yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu menjual kuetiau goreng.

Patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kedainya menyediakan perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang untuk sekitar Lembah Klang.

Namun, disebabkan penghantaran hanya khusus untuk sekitar Lembah Klang, ada individu yang tidak berpuas hati lalu menghamburkan kata-kata kesat kepada Fendy.

Hal itu didedahkan oleh Fendy dalam laman sosialnya. 

Menurut Fendy, individu itu tidak berpuasa hati kerana khidmat penghantaran tidak dilakukan di tempat tinggalnya iaitu di Nilai, Negeri Sembilan.

Kuetiau goreng yang siap sedia untuk dihantar kepada pelanggan.


Apa yang sangat dikesalinya, individu berkenaan menghamburkan kata-kata kesat sehingga membahasakan Fendy sebagai binatang dan mahu meludah mukanya.

Cerita Fendy lagi, kisahnya bermula apabila isteri kepada individu terbabit teringin nak makan char kuetiau yang dijualnya. 

Namun, penghantaran tidak dapat dilakukan kerana terlalu jauh.

“Pertanyaan tadi daripada si isteri ada mengatakan yang beliau terliur untuk makan dan beliau cakap ada penghantaran ke Nilai tak. Kalau tiada tak apa.

“Kita ni bila tengok ayat macam tu bermaksud dia berharap agar ada. 

"Jadi, kita pun cakaplah memang jawapan dia tiadalah. Kalau ada pun jauh mungkin tak nak bayar untuk caj penghantaran,” tulis Fendy.

Individu terbabit tidak berpuas hati kerana tiada penghantaran di tempat tinggalnya.


Apa yang membuatkan Fendy bertambah bengang, individu itu mengaitkan hal tersebut dengan kerjayanya sebagai pelakon dan terus menyalahkannya.

Padahal dalam Instagram (IG), Fendy sudah meletakkan nombor telefon untuk dihubungi.

“Dipetik pula bab kerjaya. Katanya, tak tengok IG-lah apa lah. Habis awak follow kita, tak naik ke notify ke update daripada kita.

“Katanya, pula tak tengok tempat padahal kita dah mudahkan pelanggan untuk terus WhatsApp dan siap bagi nombor dah. 

"Dia cakap pula tengok IG Nora Danish. Habis Nora Danish duduk Nilai ke sis?” ceritanya.

Sementara itu rakan artis turut melahirkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku.

“Ya Allah, bulan baik macam ni pun mampu cakap macam ni. 

"Haihh sabar je lah,” tulis Bella Astillah dalam ruangan komen.

Rakan-rakan artis turut terkejut dengan mesej biadab tersebut.


Begitulah asam garam dalam perniagaan. Tidak semua pelanggan faham dan boleh bersabar. 

Kadang-kadang peniaga tersepit antara pelanggan yang biadab dengan prinsip perniagaan, ‘pelanggan sentiasa betul’. - KitaReporters

0
1
0
0
0

Copy Link: