Video| Kayuhan Basikal Musafir Malaysia ke Mekah 2025! 3 pengayuh iltizam kayuh 5 bulan ke Tanah Suci!
Published by
KitaReporters
--title--
.
Tiga pengayuh Kayuhan Basikal Musafir Malaysia ke Mekah 2025 kini meneruskan kayuhan menghala ke Alor Setar selepas bermalam di Pusat Dakwah Murthada (Murthada Dakwah Center atau Madad). di Sungai Petani, Kedah.
Tiga pengayuh berkenaan ialah Che Saad Noordin, 75, dari Baling Kedah; Ramli Osman, 72, dari Bentong, Pahang; dan Azmi Osman, 57, dari Baling, Kedah.
Mareka memulakan kayuhan dari Merlimau, Melaka yang pelepasannya telah dilakukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato Dr Akmal Saleh yang juga ADUN Merlimau dan Exco kerajaan Melaka.
Menurut Che Saad, mareka terpaksa mengambil masa lima bulan untuk sampai ke Mekah bagi mengerjakan ibadah haji dan umrah tahun ini (2025).
Bagi Ramli Osman, beliau terharu dengan sokongan semangat daripada orang ramai yang ditemui di tempat pelepasan di MADAD pagi ini 20 Januari 2025.
Azmi Osman yang berpengalaman 3 kali berkayuh mengelilingi Semenanjung yakin usaha mareka berkayuh ke Mekah kana direstui dan dilindungi Allah, katanya. - KitaReporters
Tiga pengayuh Kayuhan Basikal Musafir Malaysia ke Mekah 2025... dari kiri, Che Saad Noordin, Azmi Osman dan Ramli Osman
10
14
0
15
0