Addnan ketika menjayakan misi 'Merdeka Mega Dive' bersama TLDM Teluk Sepanggar


Sempena meraikan Hari Kebangsaan ke-66, personaliti-personaliti Era Sabah, Addnan dan Mijul (Pagi Era Sabah) telah menjayakan misi ‘Merdeka Mega Dive 2023’ dengan mengibarkan Jalur Gemilang di dasar laut bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Pangkalan Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah, pada 2 September 2023 lalu. 

Menerusi misi ini, Addnan dan Mijul telah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang ke dasar laut sedalam kira-kira 10 meter bersama Leftenan Komander Mohd Salihin, Leftenan Komander Shahrizan dan Sarjan Ashiekkien dari TLDM Pangkalan Teluk Sepanggar. 

Sebagai tambahan, Addnan dan Mijul juga telah menerima khusus asas dan diberikan latihan sempurna selama sehari untuk menyelam ke dasar laut yang dikendalikan oleh pihak TLDM.

Kerjasama unik antara Era Sabah, TLDM dan agensi-agensi tempatan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah ini bertujuan memberi pendedahan kepada para penyelam tempatan tentang bantuan asas yang boleh dipelajari ketika berlakunya kecemasan dan kesedaran berkaitan keselamatan marin sewaktu meneroka keindahan alam semula jadi di dalam laut, bersempena sambutan Hari Kebangsaan. 

“Saya merasa sangat berbesar hati apabila personaliti Era Sabah mendapat peluang untuk terlibat sama dalam menjayakan misi ‘Merdeka Mega Drive 2023’, sempena Hari Kebangsaan bersama pihak TLDM. 

"Sudah tentu, menyelam bersama rakan saya Mijul ke dalam dasar laut untuk mengibarkan Jalur Gemilang bukanlah satu perkara yang mudah, namun dengan sokongan dan tunjuk ajar daripada pihak TLDM, ia telah menjadikan misi ini sebuah pengalaman yang cukup luar biasa dan pastinya secara tidak langsung memupuk semangat kami dalam meraikan sambutan Hari Kebangsaan bersama peminat Era Sabah,” kata Addnan. - KitaReporters/Kenyataan Media


(Dari kiri) Leftenan Komander Mohd Salihin, Mijul dan Addnan (Pagi Era Sabah), Sarjan Ashiekkien dan anggota TLDM Pangkalan Teluk Sepanggar pada ‘Merdeka Mega Dive 2023’

23
8
0
17
0

Copy Link: