Video| Makanan satukan Keluarga Malaysia! Kedai makanan Melayu, ramai pelanggan Cina! Laksa beras!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN seorang wanita ketika berkunjung ke sebuah kedai menjual makanan Melayu dan mendapati kebanyakan pengunjung yang menjamu selera terdiri daripada orang Cina telah menarik perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @noreeshomemade, memaparkan kedai makan Pak Majid Laksa Beras dikunjungi ramai pelanggan Cina menikmati keenakan laksa beras yang disediakan kedai tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kedai-kedai makan



Kedai Melayu tetapi pelanggan yang ramai adalah Cina. Apa yang spesialnya kedai ini makanannya ya,” soalnya menerusi ruangan kapsyen di aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa bangga terhadap kedai tersebut yang menyatupadukan Keluarga Malaysia dengan sajian yang enak serta ada yang berkongsi lokasi kedai itu.



“Berniaga denga hati yang ikhlas, kedai bersih dan makanan sedap semua pelanggan dari pelbagai bangsa akan hadir,” kata @user84312.

“Kalau kamu semua nak tahu, ini la Kedai Laksa Beras Sotong Kampung Selamat, terdapat satu lagi cawangan di Kepala Batas,” kongsi @AbdulRahim.

“Selalunya bila ramai orang makan di sebuah kedai, ini bermakna makanan itu sedap dan menepati citarasa mereka,” jelas @BhaheraAbdullah. - KitaReporters


14
14
0
13
0

Copy Link: