Orang Terengganu kuat makan? Atau makanan sedap-sedap doh?
Published byTERENGGANU memang tersohor dengan industri makanan yang menjadi
kegemaran bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah pelancong luar
yang berkunjung ke negeri tersebut juga akan mencari-cari makanan popular di
negeri berkenaan. Apakah masakan atau makanan dari Terengganu yang menjadi kesukaan anda? Tentu banyakkan! : KitaReporters
Orang ramai terpaksa beratur untuk membeli nasi dagang bagi sarapan pagi di sebuah kedai tersohor di Kuala Terengganu. - Gambar hiasan
Lagi kisah-kisah berkaitan jabatan perangkaan:
https://kitareporters.com/search?search=jabatan+perangkaan
Sebut sahaja nasi dagang, keropok lekor dan ikan celuk tepung adalah antara jenama makanan penyedap rasa yang berselera untuk sarapan pagi, makan tengah hari atau pun malam bersama keluarga.
Nasi dagang menjadi pilihan utama untuk sarapan pagi
Pun begitu belum termasuk makanan tradisional lain yang sememangnya banyak dijual di pasar awam atau pasar malam, pekan sehari malah tidak keterlaluan hotel ternama di negeri itu juga turut menghidangkan pelbagai jenis makanan tempatan.
Mungkin itukah yang menyebabkan timbulnya kajian yang menyebut penduduk Terengganu paling kuat makan dan minum berbanding dengan masyarakat di negeri-negeri lain.
Keropok lekor antara produk makanan yang digemari ramai
Laporan media mengenai isu berkenaan menarik perhatian perbincangan penduduk negeri ini kerana terkejut dengan kajian yang dilakukan oleh agensi berkaitan.
Sama ada benar atau tidak, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk Terengganu paling tinggi menghabiskan belanja bulanan bagi tujuan makanan di negara ini sepanjang tahun 2019.
Keropok lekor
Menurut laporan tersebut, rakyat negeri Pantai Timur Semenanjung itu dilaporkan purata setiap bulan belanja RM967 pada 2019 berbanding Melaka di tempat kedua dengan cuma RM894.
Ikan dan sotong celuk tepung berselera untuk makan petang
Uniknya, rekod sama dipegang oleh Terengganu menerusi kajian sama yang dilaksanakan pada 2016 lalu iaitu RM916 (Melaka, RM809) dan angka untuk dua tahun ini juga adalah jauh di atas paras nasional sendiri.
Secara umum, rekod DOSM mendapati, selain Sabah, Pulau Pinang dan Perak di bawah paras nasional, turut serta kurang berbelanja tujuan sama ialah Kedah, Pahang dan Sarawak.
Sementara Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, Selangor dan Labuan berada di atas paras nasional bersama dengan Terengganu, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Laporan kajian DOSM itu secara tidak langsung menunjukkan trend pemakanan penduduk di setiap negeri adalah berbeza dan ia juga mungkin dipengaruhi pelbagai faktor tempatan.
Dr Mohamad Omar
Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Mohamad Omar berkata, beliau tidak dapat mengesahkan ketelusan kajian oleh agensi tersebut tetapi ia juga mungkin ada kebenaran.
“Secara peribadi ia bagus juga untuk merancakkan kitaran ekonomi
selain mencairkan aliran tunai,” katanya. - KitaReporters