Jom infak juadah berbuka! Surau Perhentian Bas Bandar Jertih sedia makanan kepada penumpang bas!
Published byAntara juadah berbuka puasa yang disumbangkan oleh orang ramai kepada Surau Kayu Perhentian Bas Bandar Jertih di Besut, Terengganu.
PELBAGAI pihak tampil mengadakan aktiviti amal dan kebajikan sempena kehadiran Ramadan pada setiap tahun untuk mencari keberkatan dan menambah pahala selain membantu golongan yang memerlukan bantuan dan sumbangan dengan membuat amal jariah.
Pertubuhan Amal Komuniti Besut Terengganu (PAKBT), tidak terkecuali merebut peluang untuk menganjurkan program pada bulan paling mulia ini dengan melancarkan Program “dHentian Rezeki Ramadan”.
Program berkonsepkan infak makanan dan juadah berbuka puasa itu bertujuan membantu golongan musafir dan ahli komuniti yang memerlukan makanan untuk berbuka puasa.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti berbuka puasa
Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh menyampaikan juadah makanan kepada pengunjung di Surau Kayu Perhentian Bas Bandar Jertih
Pengerusi Pertubuhan, Mohd Azizul
Azli Mohd Sani berkata, program yang diadakan di Surau Kayu Perhentian Bas
Bandar Jertih, Besut itu bagi memberi peluang kepada orang ramai khasnya
penumpang bas yang berada di perhentian tersebut untuk mengambil juadah berbuka
puasa ketika berada di perhentian itu.
Katanya, usaha itu yang dimulakan sejak awal Ramadan tahun ini mendapat sambutan daripada masyarakat setempat yang datang untuk menginfak juadah berbuka kepada surau berkenaan.
“Penyumbang boleh datang meletakkan sumbangan makanan di tempat khas yang disediakan di surau, manakala orang ramai yang memerlukan makanan boleh datang mengambilnya sendiri bila tiba waktu berbuka,” katanya.
Pelbagai jenis juadah bebuka puasa yang diinfaq kepada Surau Kayu Perhentian Bas Bandar Jertih di Besut untuk orang ramai
Beliau berkata, orang ramai bebas
menginfakkan apa sahaja bentuk makanan dan juadah berbuka untuk diletakkan di surau
tersebut.
Katanya, ketika ini kira 50 hingga 100 paket makanan diperlukan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan untuk tujuan berbuka puasa.
Jika ada pihak yang sama-sama ingin berkongsi pahala dan rezeki, pihak pertubuhan amat mengalu-alukan untuk menerimanya dan menguruskan pengagihan makanan tersebut.
Mereka yang sudi menyumbangkan infaq boleh menghubungi urusetia penganjur menerusi talian 01-39112222 (Abg Sani), 013-9721200 (Iju), 01-92606609 (Abg Kamal) dan Kak Emi 012-3406609 atau menerusi nombor akaun 8605057474 (CIMB) milik Pertubuhan Amal Komuniti Besut. - KitaReporters
Seorang pengunjung menerima juadah berbuka puasa daripada sukarelawan Pertubuhan Amal Komuniti Besut Terengganu.