MAK OII!! BAYAR RM7.3J UNTUK SEEKOR IKAN TUNA
Published bySANGGUPKAH anda membayar sehingga RM7.3 juta atau 193 juta yen untuk harga seekor ikan tuna besar seberat 276 kilogram? : KitaReporters.com
KIYOSHI KIMURA menunjukkan ikan tuna berharga RM7.3 juta yang dibelinya di pasar besar ikan Tokyo. - Foto AFP
Mungkin kerana tuna ini besar dan berat, harganya mahal. Tetapi untuk mencecah sehingga berjuta-juta ringgit barangkali tidak tergambar dalam minda kita.
Rasanya tidak mampu dan tidak berbaloi membelanjakan begitu banyak wang hanya untuk seekor ikan.
Tetapi bagi Kiyoshi Kimura atau dikenali sebagai ‘Raja Tuna’, tiada masalah baginya untuk membayar harga setinggi itu untuk seekor tuna besar pada lelongan tahun baharu di pasar besar ikan di Tokyo baru-baru ini.
“Ini sesuatu yang terbaik dan menggembirakan,” kata Kimura yang bangga selepas memenangi lelongan sebelum subuh di pasar besar ikan tersebut.
PEMBELIAN ikan tuna berkenaan bukan yang pertama kali dilakukan kerana sebelum ini Kimura mengeluarkan kos yang besar bagi mendapat ikan segar. - Foto AFP
Memetik laporan akhbar, ikan tuna sirip biru yang dibeli oleh Kimura ditangkap di kawasan Amori, utara Jepun.
Dia yang memiliki rangkaian perniagaan makanan terkenal Jepun, susyi, memberitahu, ikan berkenaan akan menjadi sajian kepada pelanggan restoran susyinya.
Dia mengakui harga ikan tersebut memang mahal, tetapi dia sedia membeli yang terbaik untuk disajikan kepada pelanggannya.
“Benar ia mahal tetapi saya mahu pelanggan menikmati keenakan ikan tuna ini, terutama pada tahun baharu ini,” kata Kimura.
SUSYI kini menjadi makanan kegemaran di negara ini.
Kimura sebelum ini sudah pernah memenangi lelongan di pasar besar ikan sempena lelongan tahun baharu.
Menurut laporan, menyertai lelongan bagai sudah menjadi hobinya.
Pada awal tahun baharu 2019, dia juga memenangi lelongan dan membayar RM1.2 juta untuk seekor ikan tuna seberat 278 kilogram.
Namun bagi lelongan awal 2020 ternyata Kimura membayar harga jauh lebih tinggi walau pun berat ikan hampir sama dengan tahun lalu.
Lelongan ikan kini dijalankan di pasar besar Toyosu, Tokyo. Sebelum ini kegiatan ini dijalankan di pasar Tsukiji.
Pasar ikan di Tsukiji yang juga merupakan kawasan tarikan pelancongan serta dipenuhi oleh restoran dan kedai, ditutup pada 2018.
IKAN mentah antara menu susyi.
Kejayaan Kimura memenangi lelongan di pasar besar ikan bagi tahun 2020 dengan harga yang begitu tinggi menjadikan nama beliau dan rangkaian perniagaannya terkenal setelah disiarkan oleh kebanyakan media.
Pastinya ini merupakan satu publisiti terbaik untuk dirinya dan juga rangkaian perniagaannya.
Tahun hadapan belum pasti berapa pula dia bakal membayar untuk seekor lagi ikan! - KitaReporters.com