Video| Makan kulit ayam dah biasa! Tapi lutut ayam luar biasa! Ramai tak tahu! Lutut ayam tu kat mana?

Published by
KitaReporters


Kulit, tongkeng, kaki, leher, hati, pedal dan rangka ayam goreng sudah biasa kita makan dan jumpa. Di mana-mana sahaja ada jual terutama di pasar malam. Ia ibarat snek (makanan ringan) yang menggiurkan. Boleh dikatakan dalam seekor ayam, banyak bahagian yang boleh dimakan.

Namun pernahkah anda mendengar atau merasai bahagian yang dipanggil lutut ayam? Rupa-rupanya lutut ayam juga boleh dimakan dan dijadikan hidangan rare.  

Masih ramai yang tidak tahu tentang hidangan ini. Jadi, tidak hairanlah apabila hidangan ini diperkenal oleh satu akaun TikTok milik Dania Sedek yang merupakan pemilik restoran, ia terus menjadi viral dalam media sosial.



“Aje gila kome cungkil lutut ayam lepas tu buat jual buat menu baru lagi. Mana ada pernah orang jual lagi dalam Malaysia ni. 

"Kami di Niase yang pertama buat kerja gila. Lutut ayam ni akan dijual pada Khamis 20.2.2025. Harga permulaan ni Dania bagi kome RM15 sahaja, biar semua dapat merasa,” tulisnya.

Walaupun mungkin bukan dia orang pertama yang menemukan hidangan lutut ayam ini, namun tidak dinafikan disebabkan perkongsiannya itu, menjadikan hidangan ini mula dikenali. Rezeki masing-masing. 

Jadi, janganlah kerana perkara remeh ini, netizen saling bertekak dan menghamburkan kata-kata kesat.



“Kak jangan kata kak orang pertama jual. Saya tak kenal lutut ayam tu. Tadi ada jadi warna biru. Saya nampk orang tu jual nasi goreng tambah lutut ayam. Cuma tak viral macam kak. Jadi, bukan yang pertamalah,” tulis salah seorang netizen.

Namun yang menjadi persoalan kebanyakan netizen, di manakah terletaknya bahagian lutut ayam. 



Ada netizen mendakwa bahagian lutut ayam terletak antara paha dan thigh. 

“Ala kat bahagian paha dan thigh tu. Kalau awak jenis makan licin, mesti jumpa lutut ni sebab tekstur dia firm, macam jeli sikitlah,” kongsi netizen.



Sementara itu, dalam satu akaun TikTok milik Dapoq Mak Kami D’Dusun yang juga menjual hidangan berasaskan lutut ayam, berkongsi satu video menunjukkan bahagian lutut ayam.

Rata-rata netizen berpuas hati dan lega akhirnya mereka mendapat jawapan. Mereka tidak sangka bahagian lutut ayam tidak sama dengan lutut manusia. 

“Oh, rupanye lutut ayam tak sama tempat macam manusia ek. Ingatkan yang dekat dengan kaki tu,” tulis netizen.




Namun untuk mendapatkan bahagian ini adalah satu kerja yang rumit. Bayangkan, seekor ayam hanya ada dua lutut sahaja. Tetapi jangan risau bagi yang mahu mencuba dan memasaknya sendiri, lutut ayam ada dijual.

“Tak payah kome nak bazir tenaga umpil lutut ayam tu. Beli sahaja jenama Harumi Lutut Ayam, RM33/2kg,” saran seorang netizen. - KitaReporters


9
7
0
14
0

Copy Link: