Video| Hebat minah Siam ni! Kunyah akar petawali macam tebu! Tak pahit ke? Terlopong mulut netizen!

Published by
KitaReporters


Perasan tak kebanyakan ubat tak kira moden atau tradisional, kebanyakannya mempunyai rasa pahit. Sebab itu budak-budak tak suka makan ubat. Boleh dikira dengan jari ubat yang rasanya manis.

Kali ini penulis nak kongsikan kisah seorang pempengaruh wanita dari negara jiran, Thailand. 

Kalau anda lihat content dalam TikToknya, jelas menunjukkan dia seorang yang suka makan (mukbang). Pelbagai jenis makanan dicubanya. Daripada makanana biasa hinggalah makanan yang luar biasa.



Paling menarik perhatian apabila dia mengunyah akar petawali atau seruntun dengan selambanya seakan-akan sedang mengunyah tebu. Mungkin ada yang tidak tahu apa itu akar petawali.

Ia mempunyai banyak nama selain dua nama yang disebut. Antaranya ialah akar gasing, akar putarwali, akar putrawali, akar seruntum, akar wali, bakawali dan batang wali. Rasanya sangat pahit dan biasanya digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.


 

Dalam masyarakat Melayu, tumbuhan herba petawali ini banyak digunakan oleh kaum ibu dalam fasa bercerai susu anak.


Namun, hebatnya wanita ini dia mampu mengunyah batang yang pahit itu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Padahal tersentuh getahnya dengan jari sahaja, pahitnya bukan kepalang. 

Dalam video itu juga, kelihatan sambal di sebelahnya yang digunakan untuk makan bersama akar petawali tersebut.



“Apabila terkena getah di tangan, cuci banyak kalipun tetap terasa pahit,” jelas netizen.

Justeru tidak hairanlah video yang dikongsinya ini meraih tontonan tinggi iaitu sebanyak 4.4 juta tontonan dan beribu-ribu komen. Lebih menarik kebanyakan komen diterima daripada netizen Malaysia dan Indonesia.



“Akar seruntun ni. Minum air pun pahit,” tulis salah seorang netizen.

Manakala ada juga netizen berseloroh apabila melihat kesungguhan dia mengunyah akar petawali tersebut.

“Makan tebu berasa makan brotowali,” seloroh netizen yang dipercayai berasal dari Indonesia.


22
14
0
7
0

Copy Link: