Video| Anda pernah makan ampo? Kudapan enak daripada tanah liat! Sekali pandang macam coklat gulung!
Published bySetiap negara atau tempat pasti ada makanan rare atau pelik yang tak semua orang tahu dan boleh makan. Adakalanya makanan-makanan tersebut menjadi identiti sesebuah negara.
Contohnya Filipina, terkenal dengan makanan bernama balut, iaitu sejenis telur itik atau ayam berisi embrio yang kemudiannya direbus lalu dimakan.
Kalau di Sarawak, makanan seperti ulat sagu atau mulong sangat terkenal. Walau bagaimanapun, ulat sagu haram dimakan oleh orang Islam.
Manakala di sebuah tempat di Afrika, burger yang diperbuat daripada ratusan ribu nyamuk menjadi pilihan. Pelik bukan? Tetapi itulah kenyataannya.
Ampo dihasilkan daripada tanah liat.
Di negara jiran, Indonesia juga mempunyai makanan pelik. Pernahkah anda mendengar makanan bernama ampo? Mungkin di Malaysia nama tersebut tidak pernah didengari.
Ampo ialah makanan ringan (kudapan) yang terbuat daripada tanah liat dan berasal dari Jawa Tengah dan Jawa Timur.
Bahan asas makanan ini dibuat daripada tanah liat asli tanpa ada campuran bahan lain. Ampo biasanya dihidangkan sebagai makanan ringan, amat digemari terutama dalam kalangan wanita hamil.
Perkongsian satu video oleh seorang pengguna TikTok tentang proses penghasilan ampo menarik perhatian ramai. Malah, video tersebut telah mendapat sebanyak 12.9 juta tontonan. Satu angka yang luar biasa!
Dalam video tersebut kelihatan seorang gadis bersama rakan-rakan sekolahnya membuat lawatan ke tempat memproses ampo.
Dalam video tersebut juga, kelihatan seorang pekerja wanita sedang menghasilkan ampo daripada tanah liat. Kelihatan dia mengikis nipis-nipis adunan tanah liat menjadi seperti gulungan. Sekali pandang, tidak ubah seperti coklat gulung.
Setelah proses pembuatannya siap, gadis tersebut membahagikan ia kepada rakan-rakan dan orang di sekeliling.
Dakwa gadis tersebut, ramai yang tidak menyedari kudapan yang diberikannya itu diperbuat daripada tanah liat.
Sementara itu, ramai
netizen yang teruja dan ingin tahu bagaimana rasa kudapan tersebut. Pelbagai pertanyaan
diajukan kerana masing-masing mungkin tidak pernah merasainya.
“Bagaimana rasanya? Adakah ia masin atau tawar?” Tanya salah seorang netizen.
Manakala seorang
lagi berkongsi pengalaman tentang ibunya yang mengidam makan ampo ketika
mengandungkannya.
“Ibu saya ketika
mengandungkan saya, katanya dia mengidam makan ampo,” ceritanya.
Bagaimana? Kalau anda, sanggup tak makan ampo yang diperbuat daripada tanah liat ini? Belum cuba belum tahu! - KitaReporters