Haji Bakhil versi perempuan! Jutawan Aimee Elizabeth! Makan makanan kucing! Alasannya untuk berjimat!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan.


Dalam dunia ini, terdapat pelbagai ragam manusia dalam memilih jenis-jenis makanan dan minuman harian yang mereka sukai. Lazimnya, setiap manusia akan lebih menyukai makanan dimakan oleh manusia dan begitu juga meminum minuman yang biasa diminum oleh manusia seperti air putih, kopi, teh, air buah-buahan dan sebagainya.

Jika kita seorang jutawan atau kaya sudah pasti kita memilih untuk menikmati makanan dan minuman yang paling sedap dan mahal.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan yang pelik dan aneh

Aimee Elizabeth menyediakan menu sandwic istimewa dengan berintikan ikan tuna (makanan kucing) untuk dihidangkan kepada rakan yang bertandang ke rumahnya. - Kredit foto: TLC


Tetapi lain pula, sikap ditunjukkan oleh seorang wanita bergelar “jutawan paling berjimat di dunia” kerana dia sanggup memakan makanan kucing dalam tin (cat food) kononnya untuk menjimatkan wangnya, lapor Mirror.co.uk. pada 11 Januari 2023 lalu.

Bintang rancangan Extreme Cheapskates, Aimee Elizabeth dari Las Vegas, Amerika Syarikat itu dikatakan memiliki kekayaan sebanyak USD$5.3 juta (RM22 juta). Dia tidak berasa kekok dan begitu selesa serta berselera untuk merasai makanan kucing. 

Apa yang menjadi pertanyaan kepada orang ramai ialah dia lebih rela membeli makanan kucing dalam tin berbanding membeli tuna dalam tin disebabkan harganya yang lebih murah.

Salah seorang rakan Aimee berkata dia perasan Aimee adalah seorang pemurah ketika saya datang ke rumahnya; dan dia bertanya kepada saya sama ada saya mahu makan tengah hari.

“Jadi saya menjawab, sudah pasti,” kata rakan Aimee dalam rancangan TLC.

Aimee kemudiannya telah membuatkan sandwic tuna untuk rakannya itu. 

Menurut rakan Aimee itu lagi, semasa dia memakan sandwic tersebut dia merasakan ia sedikit hanyir.

“Ini sedikit hanyir. Apakah ini?” soal rakan Aimee itu kepadanya.

“Dan kemudian saya (rakan Aimee) melihat di atas meja, dan saya perasan terdapat tin makanan kucing yang sudah kosong. Saya berfikir tidak mungkin dia buat pakai ini.” kata rakan Aimee lagi.


Aimee Elizabeth - Kredit foto: TLC


Ketika Aimee muncul dalam rancangan Extreme Cheapskates,  dia mengaku bahawa makanan kucing dalam tin adalah lebih murah daripada tin tuna untuk manusia yang dijual USD89 sen (RM3.84) berbanding USD59 sen (RM2.54) bagi makanan tin kucing. 

Sudah menjadi kelazimannya dia pernah menghidangkan setin tuna kucing  kepada bekas suaminya Michael Murrey, dan sempat berbisik serta memberitahu bahawa dia telah menjimatkan USD30 sen (RM1.29).

Tidak ada yang lebih bijak bila berjimat apabila nak dibandingkan dengan Aimee beritahu Michael kepada penonton rancangan tersebut. 

“Saya tidak fikir Aimee pernah memberi makanan kucing itu kepada sesiapa, tetapi saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk mencuba,” ujar Michael dalam rancangan itu.

Bukan itu sahaja Aimee turut juga memanfaatkan span dapurnya dengan menggunakannya sehingga ia benar-benar hancur.

“Sehingga ia hancur dan reput, saya tidak nampak alasan untuk membuangnya!” kata Aimee dalam rancangan tersebut.

Kesimpulannya, ada orang boleh menjadi kaya atau jutawan kerana sifat kedekutnya atau 'tangkai jering' seperti "Haji Bakhil" dalam filem Labu Labi

Walaupun sesen yang dibelanjakan tetapi dianggap tetap membazir dan boleh mengurangkan kekayaannya.  - KitaReporters


Setin tuna kucing dicampur dalam roti sandwic untuk dimakan oleh beliau bersama tetamunya. - Kredit foto: TLC


Sumber:

https://www.mirror.co.uk/news/us-news/woman-dubbed-worlds-cheapest-millionaire-28892621 

https://siakapkeli.my/2023/01/14/jutawan-nekad-makan-makanan-kucing-nak-berjimat-punya-pasal/

17
32
0
29
0

Copy Link: